CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 0

[Sarawak] Sokong Undi18, ditangguh mungkin ada masalah tertentu

[Copy link]
Post time 29-3-2021 09:45 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyokong pelaksanaan penurunan umur untuk layak mengundi di negara ini kepada 18 tahun meskipun terdapat penangguhan pendaftaran pemilih dan kelayakan mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.

Abdul Karim berkata beliau faham SPR mungkin menghadapi beberapa kesulitan untuk melaksanakannya kerana di Malaysia, warganegara yang layak perlu mendaftarkan diri sebagai pemilih.
"Untuk membolehkan anda mengundi, proses (mengundi) di Malaysia melibatkan pendaftaran dengan SPR, saya fikir SPR mungkin menghadapi beberapa masalah dalam aspek ini dan kerana itu ia mengumumkan untuk menangguhkan pelaksanaannya.
"Biar pun saya menyokong (pengundi 18 tahun), saya faham ada beberapa kesulitan yang perlu ditangani oleh SPR," katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Sambir oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Asajaya, hari ini.
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mengingatkan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) yang menurunkan usia pengundian kepada 18 tahun telah diusulkan di Parlimen pada 2018.

Ketika itu, katanya Parlimen juga bersetuju bahawa individu yang berusia 21 tahun ke atas boleh bertanding dalam sebarang pilihan raya di negara ini.
"RUU itu kemudian mendapat sokongan sebulat suara dari semua ahli Parlimen, sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau pembangkang pada waktu itu, yang merupakan Perikatan Nasional.
"Meskipun telah diluluskan di Parlimen, ia harus diwartakan dan disahkan oleh (Yang di-Pertuan) Agong, saya difahamkan hal itu telah diwartakan," tegas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asajaya itu.
Sekiranya usaha itu dilaksanakan, Abdul Karim yakin Malaysia seharusnya tidak melihat masalah besar dalam melaksanakan dasar menurunkan usia mengundi menjadi 18 tahun.
"Tidak akan menjadi masalah bagi mereka yang berusia 21 tahun ke atas untuk bertanding dalam pilihan raya kerana ia tidak memerlukan pendaftaran, calon hanya perlu membawa borang pencalonan, MyKad dan wang deposit untuk layak menjadi calon,” jelasnya.
Namun, katanya, sekiranya individu yang layak tidak mendaftar dengan SPR, individu tersebut tidak akan dapat memilih dalam mana-mana pilihan raya.
"Sekiranya nama anda tidak ada dalam daftar pemilih, anda tidak boleh mengundi walaupun anda telah mencapai usia 18 tahun," ujarnya.
Abdul Karim berpendapat pendaftaran pengundi di Malaysia harus dilakukan secara automatik.
"Kerana (pendaftaran pengundi automatik) melibatkan agensi lain, jadi kita perlu berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk merealisasikannya," katanya.

kredit : utusan borneo 27/3/2021











Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060810 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list