View: 5307|Reply: 12
|
Video gadis minta ‘Zulhilmi’ pulangkan semula Tupperware bikin berdekah
[Copy link]
|
|
Video gadis minta ‘Zulhilmi’ pulangkan semula Tupperware bikin berdekah
Mangkuk dan bekas Tupperware adalah salah satu harta benda wanita yang tidak boleh dibawa main. Sesiapa yang meminjamnya baik rakan-rakan mahupun ahli keluarga sendiri haruslah memulangkannya jika mereka tidak ingin dileteri atau tidak mahu perkara itu diungkit sehingga berzaman-zaman.
Sebuah video yang tular baru-baru ini contohnya menunjukkan seorang wanita meminta seorang lelaki bernama Zulhilmi untuk memulangkan semula bekas Tupperwarenya.
Menurut pengguna TikTok atas nama Insyiright itu, lelaki tersebut membawa mangkuk Tupperware miliknya bersama sudu dan garfu ke tingkat 4, membuat dia marah.
Perkongsian video dari wanita berkenaan membuat ramai yang terhibur dan keliru siapakah Zulhilmi, tetapi rupa-rupanya dia hanya membuat parodi untuk video dari seorang pelajar.
Dalam video asal, seorang pelajar lelaki terpaksa membuat video kerana rakan serumahnya tidak memulangkan mangkuk Tupperware yang dipinjam.
Dalam video tersebut, pelajar berkenaan berkata dia mempunyai mangkuk Tupperware berwarna ungu dan terpaksa menyebut nama rakannya itu iaitu Zulhilmi.
Pelajar tersebut mengadu bahawa rakannya itu membawa mangkuk, sudu, garfu, dan Magginya ke parcel 5 dan tidak memulangkan semula kepadanya sehingga membuatkan dia hilang sabar.
Perkongsian video yang tular membuat ramai geli hati dan meminta individu bernama ‘Zulhilmi’ untuk memulangkan mangkuk Tupperware yang dia telah rembat.
“kau buat hal…”
SUMBER
TWITTER
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak gagal utk ketawa.. Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Ceni leh terhibur ke. Mende. Akak gagal memahaminya |
|
|
|
|
|
|
|
Tupperware aku hilang.. Aku lantakkan saja.. Beli baru.. X faham dgn org yg over sgt dgn sesuatu brand. |
|
|
|
|
|
|
|
Ironinya aku tak terhibur, berdekah, atau tersenyum |
|
|
|
|
|
|
|
krik krik krik |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan pinggan mangkuk mug kat rumah komot kucing pecahkan. dorang boleh tolak bekas kaca yang berat kat atas meja. |
|
|
|
|
|
|
|
Produk kebanggaan mak mak |
|
|
|
|
|
|
|
kau jangan, tupperware tu tak boleh dibuat main. selagi tak ganti, 20 tahun akan datang pun dia ingat lagi tau |
|
|
|
|
|
|
|
Tupperware kesayangan mak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|