|
Kes Natxo akan diadili secara telus
NATXO pada sesi latihan. FOTO FB Johor Southern Tigers
Kelana Jaya: Kredibiliti Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak perlu dipertikaikan, sebaliknya ia berfungsi dengan baik dan mengikut peraturan yang ada.
Justeru, Presidennya iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan peminat tidak perlu bimbang dan mengakui kes membabitkan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa akan berjalan dengan adil.
Katanya, Jawatankuasa Tatatertib akan membuat keputusan secara rasional tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak memandangkan badan itu adalah sebuah badan bebas.
"Saya mahu jelaskan yang bola sepak adalah untuk semua tetapi kemungkinan ada keputusan yang seakan berpihak ke satu pihak di sana atau pihak di sini. Tetapi kes Natxo akan dibincangkan pada Khamis ini.
"Saya pun maklum bahawa pengerusi (Jawatankuasa Tatatertib) dan ahli jawatankuasanya pasti jalankan tugas secara telus dan tidak perlu risau kerana mereka adalah individu yang berwibawa.
"Kita akan lihat Jawatankuasa Tatatertib akan membuat keputusan yang seadilnya. Saya tidak boleh ulas dengan lanjut kerana saya akan dianggap masuk campur tetapi saya yakin mereka jalankan tugas dengan betul," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Suparimau FAM di Wisma FAM, hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu mengumumkan hukuman amaran keras dikenakan ke atas pemain Kelantan FC, Jack Hindle kerana menolak pengadil hingga terjatuh dalam aksi Liga Perdana, 6 Mac lalu.
Bagaimanapun, hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemain PJ City, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri yang digantung perlawanan meskipun hanya melakukan kesalahan simulasi dan bukannya bertindak ganas menolak pengadil.
Lantas keputusan itu menimbulkan spekulasi kerana Natxo berkemungkinan menerima hukuman yang sama seperti Hindle atas tindakannya menolak pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika pasukan itu bertemu Perak FC, malah kesnya tidak dibicarakan bersama kes Ahmad Khairil dan Hindle.
Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iadili-secara-telus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|