|
Staf skuad Itali positif Covid-19
Sebahagian pemain skuad Itali menjalani latihan sebelum perlawanan berdepan Lithuania. FOTO Agensi
Milan: Empat kakitangan skuad Itali diuji positif Covid-19 ketika kelayakan Piala Dunia, perkara itu disahkan Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) hari ini.
Berita berkenaan hadir selepas Itali mencatat kemenangan 2-0 di Lithuania.
Skuad The Azzurri turut berdepan Bulgaria pada Ahad di mana mereka memenangi perlawanan dengan jaringan yang sama.
Semua dalam pasukan sudah diuji di Sofia pada Isnin dengan keputusan negatif tapi pada Selasa seorang daripada kakitangan mengadu mempunyai simptom ringan selain sakit tekak, kata FIGC.
Individu berkenaan kini menjalani pengasingan dan kembali ke Itali di mana ujian didapati positif.
"Beberapa kakitangan lain yang menjadi kontak rapat turut menjalani pengasingan di Vilnius dan segera melakukan ujian baharu, dengan keputusan yang diperoleh mendapati tiga daripada mereka positif," tambah FIGC.
Jurulatih Itali, Roberto Mancini turut disahkan mempunyai kontak virus berkenaan pada November lalu.
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|