CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 1

[Sabah] Daerah Tawau dikenakan PKP esok

[Copy link]
Post time 2-4-2021 11:55 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan di daerah Tawau, Sabah bermula esok hingga 16 April ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini melaporkan secara kumulatif sebanyak 137 kes aktif membabitkan beberapa kluster dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di daerah berkenaan.
"Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di lokaliti kes positif serta mengawal pergerakan penduduk di daerah ini dan mengekang penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Ismail Sabri juga berkata, beberapa lokaliti di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga mulai esok sehingga 16 April ini berikutan terdapat peningkatan kes jangkitan COVID-19.
DISYORKAN UNTUK ANDA







Beliau berkata, lokaliti di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah setakat ini mencatatkan 33 orang positif daripada 290 ujian saringan dilakukan.
"Sementara itu di Sarawak beberapa lokaliti dikenalpasti mencatatkan kes mendadak iaitu Kampung Baji, Sarikei iaitu sebanyak 20 kes positif.
"Selain itu di Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah dengan tujuh kes positif daripada 43 ujian saringan dilakukan.
"KKM juga mengesahkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi dan pelaksanaan PKPD dapat mengawal penularan jangkitan," katanya.

kredit : bharian.com 02/04/2021/






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2021 07:59 PM | Show all posts
Tawau kini dalam PKP sehingga 16 April



KOTA KINABALU: Daerah Tawau kini diletak dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 3 April sehingga 16 April 2021 berikutan sehingga kini secara kumulatif sebanyak 137 kes aktif telah dilaporkan yang melibatkan beberapa kluster di daerah berkenaan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKP di daerah berkenaan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

"Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di lokaliti kes positif serta mengawal pergerakan penduduk di daerah ini dan mengekang penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut dilaksanakan di Perumahan Kilang Sungai Tenegang Kinabatangan bermula 3 April sehingga 16 April 2021 juga selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.


"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes-kes disyaki COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

"Selain itu, PKPD yang dilaksanakan di Kg Ranggu Batu 10, Fasa 2 Taman Semarak dan Kg Baru Pasir Putih Tawau memerlukan penduduknya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Sementara itu katanya, terdapat tiga kluster baharu direkodkan pada 2 April 2021. Kluster Pasaraya Simpang Empat di Kunak mencatatkan dua kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.

Katanya, kes indeks merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di sebuah pusat perubatan pada 26 Mac 2021.

"Hasil saringan kontak rapat dan tempat kerja pada 27 Mac hingga 29 Mac 2021 mendapati 10 lagi pekerja disahkan positif," katanya.

Menurutnya, Kluster Kalindukan di Nabawan mencatatkan tiga kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13 kes. Kes indeks dikesan positif melalui saringan pengiring pesakit di pusat perubatan pada 25 Mac 2021.

Katanya, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kg Kalindukan, Nabawan. Daripada 149 kontak rapat yang disaring, 12 orang disahkan positif.

"Kluster Banjaran Gading di Kota Kinabalu mula dikesan pada 31 Mac 2021 apabila kes indeks menjalani saringan bergejala di sebuah pusat perubatan.

"Daripada 16 kontak rapat yang disaring, lapan disahkan positif COVID-19, sementara lima lagi negatif dan tiga sampel masih belum diketahui keputusannya.

"Setakat ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah lapan kes. Hasil penelitian, jangkitan dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 2 April 2021 adalah sebanyak 63 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,916 kes.

Katanya, satu kes kematian direkodkan di daerah Kota Kinabalu. Jumlah pesakit COVID-19 sembuh ialah 43 menjadikan jumlah kumulatif 54,034 orang.

"Seramai 466 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 185 orang di hospital dan 258 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

"Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi pula ialah 25 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.102571 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list