CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 853|Reply: 0

Pogba mampu suntik semangat Man. United

[Copy link]
Post time 4-4-2021 08:38 PM | Show all posts |Read mode

POGBA mampu memberikan kekuatan buat United di bahagian tengah dalam usaha mereka mendapatkan jaringan. – AFP


MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa kehadiran semula pemain tengahnya, Paul Pogba mampu memberikan suntikan semangat untuk pasukan itu kembali memberikan cabaran.

Pogba kembali membarisi kesebelasan utama pasukan selepas dua bulan berdepan masalah kecederaan paha selepas perlawanan menentang Everton pada 6 Februari lalu.

Sebaik menyertai pasukan sebelum ini, Pogba berjaya meledak gol kemenangan ketika menentang AC Milan sekali gus membawa pasukan itu mara ke saingan suku akhir Liga Europa.

Dia juga beraksi ketika Uni-ted menentang Leicester City pada aksi suku akhir Piala FA sebelum diturunkan dalam tiga perlawanan antarabangsa bersama skuad Perancis untuk terus meningkatkan tahap kecergasannya.

Dalam lapan perlawanan terakhir melibatkan semua kejohanan, United hanya sekali berjaya menjaringkan lebih satu gol dalam kesemua perlawanan tersebut ketika menewaskan Manchester City 2-0.

Justeru, Solskjaer berharap kehadiran semula Pogba mampu mengubah trend tersebut ketika mereka bakal menantikan kunjungan Brighton awal pagi esok.

“Ia adalah kelebihan besar buat kami dengan kehadiran semula Pogba. Dia hadir pada masa yang tepat dan bersedia untuk menyumbang sesuatu buat pasukan ini.

“Kami sedar betapa penting dirinya untuk pasukan ini. Kehilangannya memberikan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan te-tapi kembalinya dia di dalam pasukan ini membuatkan kami bersedia untuk kembali memberikan aksi terbaik,” katanya.

Solskjaer mengakui bahawa Marcus Rashford dan Mason Greenwood mungkin akan disenaraikan di dalam pasukan itu jika tahap kecergasan mereka berada pada kedudukan terbaik. – AGENSI

Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.647267 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list