CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 0

Selangor mahu manfaat aksi di laman sendiri

[Copy link]
Post time 5-4-2021 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Selangor mahu manfaat aksi di laman sendiri


Pemain Selangor FC meraikan jaringan dalam salah satu aksi Liga Super. FOTO File NSTP


Kuala Lumpur: Selangor FC mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila menanti kunjungan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi Liga Super malam esok.

Ketika kehadiran semula penyokong di Stadium MBPJ, ia pastinya dapat meningkatkan lagi semangat barisan pemain Gergasi Merah yang menamatkan kemarau kemenangan selepas menewaskan UiTM FC, Sabtu lalu.

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel menegaskan fokus pasukannya tidak pernah berubah, iaitu mahu mengutip tiga mata penuh pada setiap perlawanan termasuk apabila bertemu KDA FC.

"Kadangkala anda memerlukan kemenangan ketika situasi yang amat penting dan kami berhak untuk meraih tiga mata ketika bertemu UiTM FC.

"Esok adalah perlawanan yang cukup penting. Sudah pasti kami mahu meraih tiga mata penuh. Malah bagi saya setiap perlawanan adalah penting untuk meraih tiga mata," kata Neitzel yang berharap dapat menyenaraikan barisan terbaiknya selepas berdepan beberapa masalah kecederaan pemain.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051651 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list