CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 823|Reply: 0

Pengadil punca Barcelona kalah

[Copy link]
Post time 13-4-2021 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Pengadil punca Barcelona kalah



MANZANO (tengah) menjadi perhatian selepas membuat keputusan kontroversi tidak memberikan sepakan penalti kepada Barcelona. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mendakwa pengadil, Jesus Gil Manzano adalah faktor utama skuad bim-bingannya tewas 1-2 kepada Real Madrid dalam pertembungan El Clasico pada aksi La Liga awal pagi semalam.

Koeman, 58, bengang kerana pasukannya tidak diberikan sepakan penalti selepas Martin Braithwaite dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti oleh pertahanan Real, Ferland Mendy pada minit ke-84 aksi di Estadio Alfredo Di Stefano itu.

Lebih mengecewakan Koeman apabila pengadil enggan merujuk VAR berhubung insiden tersebut, sebaliknya mengarahkan Braithwaite bangun dan meneruskan permainan.

“Saya tidak faham tindakan pengadil enggan memberikan sepakan penalti. Saya mahu pe-ngadil membuat keputusan yang tepat dan apa yang dilakukannya adalah sangat tidak adil.

“Pengadil tidak memberikan sepakan penalti. Malah, pengadil cuma memberikan tambahan masa empat minit walaupun per-lawanan terhenti agak lama kerana masalah teknikal.

“Jika kami dapat sepakan pe-nalti, mungkin perlawanan ini akan berakhir 2-2. Saya tidak faham fungsi sebenar kewujudan VAR (Video Bantuan Pengadil) di Sepanyol,” katanya.

Real meraih dua gol dalam babak pertama menerusi jaringan Karim Benzema dan Toni Kroos sebelum menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Casemiro dilayangkan kad merah pada minit ke-90.

The Catalan pula yang meraih gol tunggal menerusi Oscar Mingueza pada minit ke-60, terpaksa menerima hakikat kekalahan itu menyaksikan mereka jatuh ke tempat ketiga, manakala Real me-lonjak ke tangga teratas La Liga. – AGENSI

Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043569 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list