View: 2697|Reply: 1
|
[SEJARAH]
Kapal dagang dan perang paling besar dari Portugis, Flor de la Mar
[Copy link]
|
|
Dari semua khazanah yang pernah tenggelam di dunia, terdapat satu lagenda yang kalau korang nak tahu telah digambarkan sebagai hadiah paling lumayan bagi pemburu-pemburu harta karun.
Ini adalah lagenda tentang kapal Flor de la Mar yang karam di lautan dengan harta yang cukup banyak. Kapal yang dilaporkan sarat dengan harta yang telah dicuri dari Kesultanan Melayu Melaka, dianggarkan kini telah bernilai berbilion-bilion ringgit.
Kapal dagang dan perang paling besar dari Portugis, Flor de la Mar
Korang tahu tak yang Flor de la Mar ni nama Melayu dia adalah “Bunga di Lautan”. Puitis sungguh.
Inilah gambaran kapal Flor de la Mar yang bermaksud “Flower of the Sea”. Sumber dari wikipedia.
Flor Do Mar atau Flor De La Mar merupakan sebuah kapal Portugis seberat 400 tan, ia juga dirujuk sebagai salah satu daripada kapal perang yang telah dihantar untuk menawan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Kalau korang nak tahu, kapal ini telah dibina di Lisbon pada tahun 1502 dan pada masa itu Flor De La Mar merupakan kapal yang paling besar dan cantik dalam angkatan laut Portugis.
Kapal ini telah memulakan pelayaran yang pertamanya ke India pada tahun 1502 di bawah perintah Estêvão da Gama dan pada tahun berikutnya kapal ini telah pulang ke Portugis dengan membawa bekalan rempah dari India. Flor de la Mar bukan sahaja digunakan untuk perdagangan, malahan juga untuk berperang pada tahun-tahun berikutnya.
Gambar Afonso de Albuquerque, orang yang telah bertanggungjawab menawan Melaka. Sumber dari historia de portugal.
Pada tahun 1507 misalnya, ia telah mengambil bahagian dalam penaklukan Portugis di Ormuz. Pada tahun berikutnya, kapal itu telah mengambil bahagian dalam pertempuran Diu di India dan turut hadir dalam penaklukan Portugis ke atas Goa pada 1510.
Dan akhirnya pada tahun 1511, Portugis menetapkan tumpuan mereka pada Kesultanan Melaka, yang pada ketika itu terkenal sebagai salah satu daripada bandar-bandar terkaya di dunia. Penaklukan ini telah diketuai oleh Afonso de Albuquerque, yang merupakan Gabenor Portugis di India pada ketika itu.
Bila Portugis tak dapat kaotim dengan Melaka, mereka datang menyerang!
Dalam tahun 1400-an, Portugis mula cari peluang perdagangan baru di laut sebab tak nak bergantung sangat dengan jalan darat pasaran rempah Asia yang time tu Venice banyak sapu. Jadi Portugis memilih untuk mencari laluan laut ke China. Penjelajah Vasco de Gama berjaya belayar mengelilingi hujung selatan Afrika pada tahun 1400-an, dengan bantuan ahli pelayaran Islam yang mahir dengan Lautan Hindi.
Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun telah menjadikan ia sebagai perlabuhan yang kaya dan masyhur. Sumber dari Yayasan Alam Melayu Sriwijaya.
Dengan penemuan baru kat Eropah ni, Portugis dengan cepat menjadi kuasa tentera laut di Lautan Hindi dan cuba untuk menguasai pasaran rempah Asia. Selepas mewujudkan pangkalan di bandar-bandar India seperti Goa dan Calicut sekitar 1510, Portugis memandang ke Timur untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka.
Pada tahun 1511, mereka mengambil keputusan untuk menakluk pelabuhan penting di rantau ini iaitu Melaka untuk mengawal perdagangan dengan China. Pada mulanya mereka ni cuba nak buat hubungan mesra dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Tetapi apabila Sultan diberi amaran oleh orang Islam Tamil yang telah melihat kekejaman Portugis di India, Sultan Mahmud pun tidak mahu mengadakan hubungan dagangan dengan Portugis.
Sumber dari Berita Harian
Akibat malu dan bengang apabila tawaran mereka ditolak oleh Sultan, pada 25 Julai, 1511, komander Portugis, Afonso de Albuquerque dengan kekuatan 1200 orang dan 17 kapal telah memulakan serangan ke atas Melaka. Walaupun bersekutu dengan negara jiran di sekitar Asia Tenggara pada masa itu, Kesultanan Melayu Melaka tidak dapat bertahan lama dengan teknologi senjata dan serangan bertali arus pihak tentera lawan, dan pada 24 Ogos 1511 Melaka telah ditawan oleh Portugis.
Kerana kedegilan Alfonso, kapal ini tenggelam bersama segala harta
Selepas saja Alfonso de Albuquerque ni menang dan tawan Melaka, beliau telah menggeledah Kota Melaka dan Istana Sultan untuk mencuri segala kekayaan Melaka pada ketika itu. Pada masa itu, memang banyaklah harta yang diorang dapat dan beliau telah membuat keputusan untuk membawa harta-harta rampasan perang tersebut balik ke Portugal.
Afonso de Albuquerque telah mencadangkan bahawa kapal Flor de la Mar yang besar tu digunakan dalam pelayaran pulang ke Portugal untuk mengangkut segala harta yang dikumpulkan dalam penaklukan Melaka.
Gambaran suasana Istana Melaka. Sumber dari Berita Harian.
Tetapi Afonso ni lupa agaknya tentang reka bentuk kapal ini membuatkan ia berbahaya dan tidak layak belayar dengan muatan yang penuh apatah lagi sebenarnya kapal dibina untuk jangka hayat tiga atau empat tahun sahaja tetapi kapal ini telah digunakan selama 9 tahun iaitu dari 1502-1511.
Akibat sikap Afonso yang degil, apabila Flor do Mar keluar dari Melaka untuk belayar ke arah Goa dan setibanya meraka di Selat Melaka, beliau telah diserang oleh taufan yang dahsyat dengan ombak bergelora. Ternyata kapal itu tidak bertahan lama mengharungi ribut dan telah tenggelam pada malam 20 November 1511, berdekatan Sumatra, di Selat Melaka.
Albuquerque dan anak perempuanya telah berjaya menyelamatkn diri. Namun, kapal tersebut telah rosak dan tenggelam sepenuhnya dengan kekayaan muatannya. Menurut Utusan Malaysia, terdapat pelbagai jenis barangan berharga di dalam kapal tersebut seperti 22 peti wang emas, perak, mutiara, berlian dan batu permata serta dua patung monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan kerajaan Thai kepada Kesultanan Melaka.
Replika kapal Flor de la Mar yang dibina pada tahun 1990 sebagai musium, terletak di Melaka. Sumber dari Muzium Maritim, Melaka.
Cuba korang bayangkan, 2000 keping barang-barang berharga telah diambil dari Istana Sultan Melaka, ianya mengambil masa selama tiga hari untuk mengangkut barang-barang tersebut ke dalam kapal Frol de la Mar dan dua kapal lain turut digunakan untuk memuatkan semua kargo. Antara artifak yang direkodkan adalah hadiah dari Raja Siam (Thailand) kepada Raja Portugal, tetapi kebanyakan kargo itu dari Melaka yang merupakan pelabuhan laut terkaya di Asia pada ketika itu.
Selain daripada perbendaharaan Melaka, Flor de la Mar dikatakan telah mengangkut penghormatan yang mengagumkan daripada Raja Siam untuk diberikan kepada Raja Portugis, serta semua kekayaan peribadi Albuquerque.
Satu dunia cuba cari kapal ni tapi tak jumpa-jumpa
Beberapa percubaan untuk mencari bangkai kapal ini yang dikatakan sebagai salah satu kargo yang paling kaya di dunia telah menemui kegagalan sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1989 dan 1990 satu kumpulan pencari harta karun dari Australia dan Amerika dengan kerjasama seorang ahli perniagaan Indonesia telah menubuhkan satu syarikat “South East Asia Salvage (SEAS)” dengan tujuan untuk mencari bangkai kapal Flor de la Mar. Namun begitu pencarian mereka telah menemui kegagalan dan pada tahun 1992 SEAS telah dibubarkan sepenuhnya.
Pada tahun 1992 pula, Bob Marx dari Amerika yang merupakan seorang ahli Arkeologi dan pencari harta karun terkemuka telah menggemparkan dunia apabila mengatakan bahawa serpihan kapal tersebut telah berjaya ditemui setelah 3 hari melakukan pencarian di sekitar Selat Melaka. Namun begitu penemuan itu tidak dapat dibuktikan oleh beliau dan akhirnya ianya senyap begitu sahaja.
Bukan setakat Mat Salleh je yang beria nak cari kapal ni. Presiden Indonesia, Soeharto juga pernah membelanjakan AS $20 juta dalam usaha mencari harta karun yang dikatakan telah tenggelam di perairan Indonesia tetapi rezeki tidak menyebelahinya.
Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De La Mar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia masih lagi di teruskan dan kali ini oleh Malaysia apabila Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan Flor de la Mar, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada tahun 2014 telah mengusulkan cadangan kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan juga Portugal untuk melaksanakan projek tersebut namun ianya masih tiada khabar berita.
Kalau korang nak tahu, Portugal, Malaysia dan negara-negara lain yang hartanya telah dicuri kira-kira 500 tahun yang lalu pernah membuat tuntutan di Mahkamah Antarabangsa The Hague, Belanda sebagai kemungkinan seandainya kapal ini di temui. Namun begitu, pemilikan harta dan kapal tersebut sekiranya ia di jumpai masih belum di tentukan sehinggalah ke hari ini.
Munggkinkah kapal ini berhantu sehinggakan ke hari ini tiada siapa yang dapat mengesanya dan terus kekal misteri. Sumber dari Spongebob Wikipedia.
Kesimpulanya, amat sukar untuk mencari harta karun yang dikatakan hilang ditambah lagi dengan keadaan menyelam pada penglihatan sifar, dengan bahagian bawah yang berlumpur dan korang bayangkanlah keadaan kapal ni macam mana bila usianya dah 500 tahun.
Sumber : https://soscili.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|