CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 0

Safawi tak pasti lawan Pahang

[Copy link]
Post time 15-4-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Safawi tak pasti lawan Pahang


SAFAWI jalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO Johor Southern Tigers


Johor Bahru: Meskipun kelibat Safawi Rasid tampak mula menjalani latihan bersama skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), belum ada kepastian sama ada dia akan diturunkan pada aksi menentang Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Ayam tambatan skuad Harimau Selatan itu mengalami kecederaan ketika menentang UiTM FC pada 13 Mac lalu memaksa dia tersisih lima aksi liga dan posisi sayap kanan diambil alih Ariff Aiman Hanafi yang semakin konsisten corak permainan.

Malah pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan Safawi sudah mula menjalani latihan dan sedang berusaha kembali berada di tahap kecergasan memuaskan selepas pulih daripada kecederaan.

Namun, pengendali kelahiran Mexico itu enggan memberi jaminan sama ada Safawi akan beraksi dalam kesebelasan utama menentang Sri Pahang FC, sebaliknya menegakan pemain itu perlu bekerja keras mendapatkan kembali posisi sayap kanan daripada Ariff Aiman.

"Itu merupakan persaingan sihat dalam kalangan setiap pemain di JDT, mereka tahu untuk berada dalam kesebelasan utama, setiap pemain harus ada kesungguhan dan mampu berdaya saing dengan rakan sepasukan untuk rebut tempat kesebelasan utama.

"Setiap kali dalam sesi latihan, mereka beri yang terbaik dan itu rahsia utama JDT meraih kemenangan kerana mereka tahu latihan dilaksanakan untuk mencapai objektif, tahu mengenai sistem yang dipratikkan.

"Jadi sama ada Safawi akan beraksi atau tidak, tunggu sahaja malam esok dan saya enggan dedahkan lagi kerana saya mahu lihat tahap kecergasannya dan kemampuan beliau beraksi sehingga tamat perlawanan," katanya.

Ditanya mengenai pertembungan menentang Sri Pahang FC, Mora tidak menolak JDT akan berdepan aksi sengit daripada skuad yang kini dikendali Dollah Salleh tatkala pasukan itu pasti mahu keluar dari kelompok bawah liga.

Malah Mora mendedahkan setiap pasukan berdepan JDT akan tampil dengan corak permainan berbeza berbanding ketika menentang pasukan lain yang menyebabkan JDT perlu lebih berwaspada bagi mengelak terperangkap dengan taktikal pasukan lawan.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.150619 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list