CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 0

Roma mara ke separuh akhir bertemu United

[Copy link]
Post time 16-4-2021 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Roma mara ke separuh akhir bertemu United


Pemain tengah Roma Amadou Diawara (kiri) cuba melepasi kawangan pemain tengah Ajax, Mohammed Kudus. FOTO AFP


Paris: Roma menempah tempat ke separuh akhir untuk bertemu Manchester United dalam aksi Liga Europa selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Ajax untuk menang dengan agregat 3-2.

Edin Dzeko menjaringkan gol penyamaan 18 minit sebelum tamat perlawanan buat pasukan bimbingan Paulo Fonseca yang mana mereka dilihat lebih banyak bertahan dalam perlawanan itu.

Roma akan berdepan United yang turut mara ke separuh akhir dengan agregat 4-0 selepas menang 2-0 ke atas skuad dari La Liga, Granada di Old Trafford.

Satu lagi separuh akhir akan menemukan Arsenal dan Villarreal yang dilatih oleh bekas bos Gunners, Unai Emery.

"Saya tidak pernah mara ke separuh akhir sebelum ini, jadi saya amat bangga terutama kami mewakili Itali ketika ini," kata Fonseca yang kini berada dalam tekanan kerana musim yang mengecewakan dalam saingan Serie A.

"Ia adalah sumber kebanggaan bagi Roma dan kami semua sangat gembira."

Roma kini satu-satunya wakil Itali yang masih meneruskan perjuangan dalam saingan di Eropah. Mereka turun beraksi di Stadio Olimpico dengan berbekalkan kelebihan tipis, dua gol yang dijaringkan pada aksi pusingan pertama minggu lalu.

Kempen mereka dalam di Eropah itu dilihat dalam bahawa apabila pemain muda Ajax, Brian Brobbey yang dibantu Antony untuk gol pertama lawan sebelum Dzeko menjadi penyelamat untuk mereka mara dengan agregat 3-2.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062325 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list