View: 1807|Reply: 2
|
Dinasti China Pernah Tulis Puisi Untuk Puji Nabi Muhamad
[Copy link]
|
|
DINASTI CHINA PERNAH TULIS SATU PUISI UNTUK PUJI NABI MUHAMMAD
kami nak bercerita sedikit tentang sejarah pengaruh Islam di bumi China. Mesti ramai dah tahu yang komuniti Muslim di China sebenarnya agak besar – dianggarkan lebih 22 juta rakyat China adalah Muslim (hanya lebih kurang 1.4% rakyat China).
Islam sudah menapak di China sejak berkurun lamanya, katanya bermula pada 616-618 AD dan mula disampaikan oleh salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, Saad Ibn Abi Waqas yang merupakan antara orang yang pertama untuk memeluk agama Islam.
Tetapi kami lebih tertarik untuk menceritakan tentang era dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu Yuanzhang yang sangat rapat dengan Islam dan telah memuji Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu eulogi khas – Hundred-word Eulogy (百字讃 bǎizìzàn).
Maharaja Zhu Yuanzhang telah berkahwin dengan seorang muslim
Menurut sejarah, era dinasti Ming merupakan era Islam telah berkembang mekar di China. Kebanyakan polisi yang dibuat pada masa itu juga mesra Islam kerana dikatakan Maharaja Zhu Yuanzhang (atau nama lainnya Maharaja Hongwu) telah beristerikan Maharani Ma, seorang muslim yang mempunyai susur galur Islam menurut Oriental Library of the University of Columbia. Dia juga sering didampingi pembesar dan pahlawan Muslim China yang menyertai barisan tenteranya.
Maharaja Zhu Yuanzhang. Via History.com
Antara jeneral askar pada masa tu yang beragama Islam ialah Lan Yu, yang pada tahun 1388, telah berjaya memimpin tentera China untuk mengalahkan tentera Mongol dan mematahkan harapan Mongol untuk menakluk China. Jeneral lain yang beragama Islam termasuklah Chang Yuchun, Mo Ying, Fu Youde dan Feng Sheng.
Selain tu, antara pelayar terkemuka pula adalah seorang Muslim yang bernama Ma Sam Po atau lebih dikenali sebagai Laksamana Cheng Ho (Zheng He). Ingat balik pelajaran sejarah di sekolah dulu, waktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, China juga ada berdagang dengan Melaka. Cheng Ho, yang dilahirkan dalam keluarga Islam (moyangnya Sayid Ajall Shamsudin, merupakan gabenor Yunan semasa dinasti Yuan) telah berlayar ke Melaka dan mengiktiraf kedaulatan Melayu Melaka, menjadikan China negara pertama yang berbuat demikian.
Tugu Laksamana Cheng Ho di Semarang Indonesia. Via Utusan
Bercerita semula tentang Zhu Yuanzhang, semasa awal pemerintahan dia telah mengarahkan pembinaan masjid di Xijing dan Nanjing (kedua-duanya ibu kota), dan juga di Yunnan Selatan, Fujian dan Guandong.
Anaknya juga, Maharaja Yongle, telah meneruskan legasi ini dengan, antara lainnya, membuat arahan melalui inskripsi untuk melindungi muslim daripada dibuli atau dikeji oleh masyarakat termasuk ahli tentera dan penjawat awam. Di zaman Maharaja Yongle juga yang Laksamana Cheng Ho disuruh berlayar ke seluruh dunia.
Puisi “Seratus Pujian”
Tapi apa pun, kami amat kagum dengan Maharaja Zhu Yuanzhang yang bukan sahaja melayan Islam dengan baik, malah telah menulis satu eulogi, atau puisi peringatan, untuk Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi (diterjemah):
Sejak terciptanya galaksi ini
Tuhan telah mengangkat seseorang, satu manusia akhlak beriman
dari barat telah dilahirkan
baginda menerima wahyu agung
buku yang mengandungi 30 bahagian
untuk membimbing semua makhluk
tuan kepada semua raja
pemimpin 1 yang tersuci
dengan bimbingan dari atas
untuk melindungi negaranya
bersama dengan solat 5 waktu
dalam diam mengharap rahmat (keamanan)
hatinya lurus kerana Allah
mengangkat darjat si miskin
menyelamatkan mereka dari sengsara
melihat melalui kegelapan
melalui hadir jiwa dan roh
maksum dari salah dan silap
rahmat kepada sekalian alam
menyelusuri rahsia yang silam
memadam segala kejahatan
agamanya Qing Zhen (gelaran bagi agama Islam pada ketika itu yang bermakna Suci dan Benar)
Muhammad, yang Dihormati lagi Terhebat
Eulogi yang ditulis ini merupakan antara penulisan terawal untuk memperkenalkan Islam di China. Ia bukan sahaja ditulis dalam bahasa cina, malah ia ditulis dalam gaya puitis tradisi cina yang mempunyai maksud berlapis dan mendalam.
Puisi 100 Pujian. Via Twitter.com
Walaupun Islam adalah agama minoriti, ia tetap kekal dihormati
Walaupun agama sebenar Maharaja Zhu Yuanzhung terus menjadi tanda tanya, apa yang pasti adalah penghormatan dia kepada agama Islam dan keindahannya amatlah jelas.
Walaupun Islam merupakan agama minoriti (dan kekal minoriti hingga sekarang), tetapi sebagai seorang pemimpin dia telah berlaku adil dan menghargai keistimewaan yang ada pada agama Islam.
Banyak kita boleh pelajari daripada apa yang berlaku pada zaman itu, terutamanya dalam perhubungan pelbagai agama dan bangsa sebuah masyarakat majmuk. Mungkin kita pun perlu beringat kenapa Islam itu indah dan disenangi serta mudah diterima oleh orang pada masa tu.
Sumber:https://orangkata.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile current cina china dan cina lokal... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe betul tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|