|
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang beberapa hari nak menjelang ni, saya nak memohon ribuan maaf jika ada kelanjuran, kelancangan kata2 saya selama ini di forum Cari. Semua yang baik datang dari Allah dan buruk dari saya hamba Allah yang kerdil. Sebenarnya agak lama saya mendiamkan diri setelah lama tak mengemukakan komen di forum ini kerana saya tak mahu terleka dengan membalas komen2 panas walau kadang kala saya masih membaca beberapa isu hangat di website ini. Oleh kerana terbaca beberapa thread dan komen2 menghina islam, maka saya yang telah terbaca thread itu terpanggil untuk membalas komen2 biadap itu. Amatlah dayus dan celaka saya sebagai umat islam membiarkan makhluk2 yang jahil tentang islam untuk mengutuk menghina agama Allah sesuka sesedap hati mereka. Cukuplah untuk semua forumer tahu saya masih hidup dan bernafas di bumi Allah yang sementara ini. Semoga kita semua umat islam tidak leka dan terhanyit dengan isu2 panas yang takkan habis sampai kiamat. Jom kita menambah amal pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini dan meneruskannya di bulan2 yang lain. Bak kata para ustaz, dajjal pun semakin sangat2 hampir, imam mahdi pun akan muncul tak lama lagi. Sama2 kita persiapkan diri dengan amalan2 ibadah dan surah al-kahfi yang dapat melindungi kita dari tipu daya dajjal terlaknat. Semoga semua umat islam yang beriman terselamat dan dilindungi Allah daripada fitnah tipu daya dajjal terlaknat. Kepada non moslem, semoga anda semua diberi rahmat hidayah oleh Allah. Aamiin. Mohon maaf zahir dan batin serta selamat menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. |
|
|
|
|
|
|
|
duit raya pun kepit lah juga. ni salam tangan kosong |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin |
|
|
|
|
|
|
| |
|