CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2551|Reply: 5

Kenapa Aiskrim Strawberi, Vanila Dan Coklat Ini Digelar Neapolitan?

[Copy link]
Post time 11-5-2021 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa Aiskrim Strawberi, Vanila Dan Coklat Ini Digelar Neapolitan?


Pernahkah anda tertanya-tanya tentang individu yang menemui cara menghasilkan aiskrim? Kenapa gabungan perisa strawberi, vanila dan coklat digelar aiskrim Neapolitan? Kami akan kongsikan kisah di sebalik aiskrim Neapolitan menerusi artikel ini:


Siapa temui cara membuat aiskrim?



Untuk pengetahuan anda, apa yang kita kenali sebagai aiskrim sekarang dipercayai bermula dari China. Pemerintahan Maharaja Tang ketika era Dinasti Shang menyaksikan masyarakat pada zaman itu menemui satu cara untuk menghasilkan aiskrim berperisa madu.

Maharaja Tang memberi arahan kepada hampir 100 orang pekerja menggunakan gabungan air batu, tepung, susu dan herba yang diambil dari pokok kapur untuk menghasilkan aiskrim. Mereka akan sebatikan adunan berkenaan sebelum memasukkan madu sebagai pelengkap aiskrim tersebut.

Apa-apa pun, teknik membekukan sesuatu larutan dalam bekas yang disejukkan menggunakan salji dan garam ini memudahkan penghasilan aiskrim serupa. Sekiranya anda mahu tahu, sirap buah-buahan dicampurkan bersama air batu, susu dan gula menerusi teknik penghasilan sharbat.

Orang Arab mula memperkenalkan teknik penghasilan sharbat kepada masyarakat Eropah selepas menakluki pulau Sicily di Itali dan sekali gus membuatkan aiskrim berperisa buah-buahan menjadi lebih terkenal di seantero dunia.



Kenapa gabungan vanila, coklat dan strawberi dipanggil Neapolitan?



Keunikan aiskrim Neapolitan ini adalah pada perisa vanila, coklat dan strawberi terletak sebelah-menyebelah tetapi ia tidak diadunkan sekali.

Masyarakat Itali melakukan migrasi secara besar-besaran ke Eropah dan Amerika Syarikat bermula pada tahun 1880 kerana mereka bimbang dengan perubahan politik yang berlaku semasa proses Risorgimento. Risorgimento adalah usaha untuk menyatukan semua negeri Itali di bawah satu pemerintahan pusat.

Naples merupakan salah satu kawasan yang paling terkesan daripada Risorgimento kerana mereka akan menjadi sebuah negeri. Secara ringkasnya, Naples adalah negara mereka sendiri pada waktu itu.

Walau bagaimanapun, ketidakstabilan politik menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti pengangguran dan wabak mula berlaku. Rakyat Naples memilih untuk keluar secara sukarela dan mencari negara baharu selepas tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan baharu.


Resipi tradisional masyarakat Itali



Masyarakat Naples terkenal sebagai pengusaha sejenis manisan bernama spumoni iaitu gabungan tiga perisa aiskrim ke dalam satu hidangan.

Berbeza dengan aiskrim Neapolitan, spumoni tidak terhad kepada perisa vanila, strawberi dan coklat sahaja. Apabila masyarakat Naples membawa resipi spumoni bersama mereka semasa melakukan migrasi, aiskrim unik ini mencuri perhatian penduduk Amerika Syarikat.

Atas sebab itu, warga Amerika Syarikat menggelarkan aiskrim itu sebagai Neapolitan yang mewakili tempat asal mereka, Naples. Oleh sebab tiga perisa terkenal di Amerika Syarikat ialah vanila, coklat dan strawberi, permintaan terhadap spumoni yang menggabungkan ketiga-tiga flavour tersebut mula menjadi permintaan ramai.

Dalam erti kata lain, ia memulakan trend aiskrim Neapolitan yang kini dikenali ramai sebagai gabungan perisa vanila, coklat dan strawberi dalam satu hidangan.

Pengenalan Hari Aiskrim Sedunia



Kerajaan Amerika Syarikat memulakan apa yang kita kenali sebagai Hari Aiskrim Sedunia menerusi undang-undang khas Presiden pada 9 Julai 1984.

Gabungan negeri dalam Amerika Syarikat bersetuju untuk menamakan bulan Julai pada tahun tersebut sebagai Bulan Aiskrim Nasional manakala 15 Julai 1984 sebagai Hari Aiskrim Nasional.

Presiden Ronald Reagan menerusi ucapan beliau menyeru semua pihak untuk memberikan sokongan penuh kepada perayaan tersebut. Beliau turut meminta rakyat Amerika Syarikat untuk sama-sama meraikannya dengan acara dan sambutan meriah.

Presiden Reagan turut mengingatkan orang ramai aiskrim ialah makanan berkhasiat dan sedap dimakan. Tradisi ini mula diikuti oleh penggemar aiskrim di seluruh dunia.

Penggemar aiskrim akan meraikan Hari Aiskrim Sedunia pada hari Ahad dalam minggu ketiga pada bulan Julai setiap tahun. Secara ringkasnya, warga Amerika Syarikat memanggil spumoni dengan nama aiskrim Neapolitan kerana ia merupakan tempat asal pengusaha aiskrim berkenaan.

Sumber:
Iluminasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama aku tak makan eskrim.. Paling fevret eskrim kacang merah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ingatkan di inspirasi dr Maharaja Nepoleon I. Negeri Naples rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:30 AM | Show all posts
Sharbat ni minuman ke ice cream
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sdpnye klu bleh mkn dgn kek....

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 09:03 PM | Show all posts
Ooo. Baru tahu. Thanks for the info.
Ni yang kepingin ais krim malam-malam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.508598 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list