CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 0

Asal Usul Teh Dan Bagaimana Ia Berkembang Ke Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 12-5-2021 06:49 AM | Show all posts |Read mode
Asal Usul Teh Dan Bagaimana Ia Berkembang Ke Seluruh Dunia



Teh merupakan minuman kedua paling kerap diminum oleh manusia di seluruh dunia selepas air kosong.

Teh dipercayai berasal dari Asia Timur sekitar tahun 1500 tahun sebelum Masihi di sekitar sempadan utara Burma dan Yunan di wilayah barat daya China.


Dedaun segar dari jenis Cameillia Sinensis ini direndam dalam air panas untuk diminum sebagai ubat.

Selain itu, teh juga menjadi minuman perangsang terutamanya oleh Maharaja Dinasti Han sebelum dijadikan minuman rekresi ketika zaman Dinasti Tang. Ia kemudian terus berkembang ke wilayah-wilayah Asia Timur sehingga ke Korea dan Jepun.

Aktiviti perdagangan yang melibatkan kuasa Barat telah menyebabkan permintaan teh semakin meluas. Kapal Portugis pertama yang tiba di pelabuhan China serta para pedagang mubaligh Krisitan Portugis telah diperkenalkan kepada teh yang pada ketika itu dipanggil ‘cha’.

Oleh kerana pasaran teh semakin berkembang, Portugal telah membuka pelabuhan perdagangan di Macau pada 1557.

Perananan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) turut merancakkan permintaan teh ke dunia Barat apabila teh yang dibeli dan dibawa pulang ke Amsterdam adalah dalam kuantiti yang besar. Teh kemudiannya telah menjadi minuman trend di The Hague dan telah tersebar ke Jerman, Perancis dan merentas Lautan Atlantik ke New Amsterdam.

Teh mula popular dalam kalangan orang Inggeris sekitar 1650-an apabila ia menjadi salah satu menu di kedai-kedai kopi. Perkahwinan antara Catherine of Braganza dengan Raja British iaitu Charles II telah memperkukuhkan keberadaan teh di bumi Bristish apabila ia menjadi minuman kegemaran di kamar permaisuri Portugal itu di istananya di England.

Menjelang 1700-an, teh telah menjadi minuman paling popular di Eropah dan dijual pada harga 10 kali ganda daripada kopi. Pada ketika itu, hanya China menjadi pengeluar teh yang diperdagangkan ke seluruh dunia. British telah membayar teh dengan kepingan perak kepada China melalui Syarikat Hindia Timur (EIC).

Setelah sekian lama, pihak British mendapati urus niaga teh dan perak adalah merugikan untuk jangka masa panjang. Bagi melaraskan perbelanjaan perak untuk mendapatkan teh, British memperkenalkan barang dagangan baharu kepada China iaitu candu (opium).

Di tanah China, candu bukanlah sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, lambakan bekalannya hasil aktiviti perdagangan telah mencambahkan kegiatan menghisap candu yang akhirnya membawa kepada ketagihan dalam kalangan rakyatnya. Maka, kerajaan Dinasti Qing bertindak membendung import candu dari EIC sekitar 1838.

Tindakan itu telah menyebabkan British berdepan isu dana untuk membayar para pedagang teh memandangkan teh adalah sumber cukai utama untuk Empayar British pada ketika itu. Disebabkan itu, maka tercetuslah Perang Candu yang pertama.

Pada masa yang sama, British juga mahu memecahkan monopoli China dalam perdagangan teh. Robert Fortune, seorang ahli botani telah dihantar untuk menyeludup pokok teh serta membawa bersama beberapa orang petani teh berpengalaman di China untuk dibawa ke India. Di wilayah  jajahannya itu, British membuka ladang penanaman tehnya yang pertama di Darjeeling, Ceylon dan Assam.

Kejayaan British menanam teh di wilayah-wilayah jajahannya termasuk di Tanah Melayu menjadi antara pendorong peluasan dan pengukuhan kuasa global British sehingga ke penghujung kurun ke-18. Sehingga hari ini, teh sering dianggap sebagai lambang budaya British, tetapi tidak kurang juga melihat teh sebagai simbol penjajahan kuasa Barat itu.

Jadi adakah anda merupakan penggemar teh? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber:
Rancak TV

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list