CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1714|Reply: 0

Maksud Sebenar Disebalik Kartun Ninja Turtle

[Copy link]
Post time 12-5-2021 07:48 AM | Show all posts |Read mode


Korang semua mesti pernah nonton kartun Teenage Mutant Ninja Turtles masa kecil-kecil dulu kan? Kalau korang perasan, keempat-empat nama watak dalam siri ni sebenarnya adalah nama tokoh-tokoh terkenal dalam tamadun manusia. Tapi, korang tahu dan kenal tak siapa di sebalik nama-nama ni sebenarnya?

1. Michaelangelo (Michelangelo), seorang pengukir yang tiada tolok bandingnya…
Michaelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni ataupun lebih dikenali sebagai Michaelangelo telah dilahirkan pada 6 Mac 1475 dan telah meninggal dunia pada 18 Februari 1564 iaitu ketika dia berusia 88 tahun. Michaelangelo ialah merupakan seorang karyawan yang terkenal di Florence sekitar abad ke-16 yang mana dia lebih terkenal sebagai seorang pengukir, pelukis, arkitek dan pemuisi semasa zaman pembaharuan Itali.


Antara karyanya. Via Culture Trips

Untuk pengetahuan korang, bakatnya mula berkembang selepas kematian ibunya yang telah memaksa dia tinggal dengan penjaganya pada usia 6 tahun. Suami kepada penjaganya itu adalah seorang pemotong batu marmar dan dia telah mula belajar teknik untuk memotong seterusnya mengukir batu daripada ayah angkatnya itu. Michaelangelo sangat dikenali di sekolah sebagai seorang murid yang malas belajar dan dia telah memulakan kariernya sebagai seorang pengukir bermula pada usia 14 tahun. Michaelangelo sangat gemar untuk memasukkan unsur-unsur agama ke dalam setiap karyanya. Antara karyanya yang terkenal ialah arca Pieta dan David yang mana dipahat ketika dia masih berumur lewat dua puluhan sehingga awal tiga puluhan.

Selain itu, Michaelangelo juga telah mencipta dua daripada lukisan fresco yang sangat berpengaruh dalam sejarah seni Barat di bahagian siling dan dinding altar di Gereja Kecil Sistine, Rom (Pengadilan Akhirat). Semasa lewat hayatnya, dia telah mereka bentuk kubah untuk Gereja St Peter yang terletak dalam kota yang sama dan serupa yang mana dia telah memperoleh kecekapan dengan merevolusikan seni bina klasik dengan menggunakan rekaan pilaster jenis raksasa.




Semasa dalam hayatnya, dia sering dipanggil dengan gelaran sebagai “Il Divino” yang membawa maksud “Yang Ketuhanan” ataupun dalam bahasa inggeris digelar sebagai “the divine one” yang mana gelaran tersebut sangat sesuai dengan dirinya kerana kerohaniannya yang sangat mendalam. Salah satu daripada sifatnya yang paling dikagumi sepanjang hidupnya ialah “terribilita” iaitu suatu sifat ketersergaman yang menimbulkan rasa kagum apabila masyarakat setempat melihatnya sehinggakan ramai pelukis-pelukis selepasnya yang ingin meniru segala gaya dan keperibadian Michaelangelo. Sampai macam tu sekali tau..

2. Leonardo, lukisan Mona Lisa tu adalah hasil tangannya…
Untuk watak yang bernama Leonardo ni masih ramai orang yang keliru antara Leonardo da Vinci ataupun Leonardo di Caprio yang digunakan. Sebenarnya, untuk nama watak dalam kartun TMNT tu sebenarnya adalah nama tokoh terkenal Leonardo da Vinci yang merupakan salah seorang tokoh pada zaman Renaissance di Itali. Leonardo da Vinci ataupun nama sebenarnya iaitu Leonardo di ser Piero da Vinci telah dilahirkan di Anchiano dekat kota Vinci, Republic Firence, Itali pada 15 April 1452 dan merupakan anak daripada pasangan Piero Fruosino di Antonio da Vinci dan Caterina.

Semasa dia berumur 14 tahun, Leonardo da Vinci telah merantau ke Florence untuk berlatih dan mengambil program apprenticeship daripada Andrea del Verrocchio yang pernah belajar pada Donatello. Leonardo da Vinci merupakan seorang yang berkebolehan tinggi dalam pelbagai bidang dan namanya sangat terkenal kerana kemahiran lukisannya serta kemampuannya dalam bidang kejuruteraan. Antara karya terkenalnya ialah “The Last Supper” dan “Mona Lisa”.



Korang mesti sangat kenal dan familiar kan dengan lukisan Mona Lisa yang kerap kali dirujuk sebagai antara lukisan paling bernilai di dunia? Sebenarnya, lukisan Mona Lisa tu adalah hasil tangan Leonardo tau. Apa yang lebih menarik tentang Leonardo ni, dia tidak pernah belajar segala apa yang dia pelajari secara formal dan semuanya dia pelajari berdasarkan kefahamannya sendiri sahaja. Hebat tak? Selain itu, dia juga telah menghasilkan pelbagai karya yang sangat hebat dan unik antaranya ialah salah satu lakarannya iaitu “The Vitruvian Man” yang telah dijadikan sebagai rujukan utama melukis manusia mengikut skala yang sempurna.




3. Raphael, salah seorang daripada tiga pakar semasa era Renaissance…

Antara salah seorang daripada tiga pakar semasa era Renaissance, Raphael Sanzio da Urbino telah dilahirkan pada 6 April 1483 di Urbino dan merupakan anak kepada Giovanni Santi yang merupakan seorang seniman. Namun, usia Raphael tidak panjang dan dia telah pun meninggal dunia pada 6 April 1520 yang mana pada ketika itu dia berusia 37 tahun. Walaubagaimanapun, hayatnya yang pendek itu telah diabadikan dengan pelbagai tinggalannya pada dunia.

Raphael mewarisi bakat ayahnya yang juga merupakan seorang pelukis. Dia telah kehilangan kedua orang tuanya pada usia 11 tahun sebelum dia menjadikan lukisan sebagai tempat untuk dia mencurahkan segala perasaannya. Selepas mewarisi studio lukisan ayahnya, Raphael pada awalnya mengasah bakat dengan melukis dirinya sendiri sebelum lukisannya membawa dia untuk mengenali lebih ramai pelukis lain yang menjadikan dia sebagai anak murid mereka.

Pada usia remajanya, dia telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk melukis pada dinding Gereja Santo Nicola yang terletak di bandar Castello. Kehebatannya telah didengari oleh seorang seniman hebat yang tinggal di Perugia, kawasan Region Umbria, Itali tengah iaitu Pietro Perugino yang mana sekaligus dia telah dijemput untuk belajar dengannya di Perugia. Semasa di Perugia, Raphael telah belajar dengan Pietro Perugino selama empat tahun dan banyak mempelajari tentang dunia lukisan daripadanya.



Selepas empat  tahun, Raphael meninggalkan Perugino dan bertolak menuju ke kawasan Itali Utara. Di sana, dia telah hidup secara nomad di Firenze pada tahun 1504. Selama tinggal di Firenze, dia mendapat pengaruh kuat daripada seniman besar yang lain seperti Fra Bartolomeo dan da Vinci yang kebetulan juga berada di sana antara tahun 1500-1506. Selepas itu, Raphael telah berpindah ke Rom dan nasibnya semakin baik kerana selepas berpindah ke Rom dia telah diminta untuk menghias segala dinding-dinding di Istana Vatican dengan lukisannya. Hasil karyanya dikatakan banyak dipengaruhi oleh Michaelangelo walaupun Michaelangelo sendiri sangat kurang senang akan Raphael.

Sebelum meninggal, Raphael sempat meghasilkan sebuah lukisan di kanvas terbesar yang bertajuk “The Transfiguration” namun tidak berjaya untuk menyiapkannya. Semasa majlis pengebumiannya, lukisan “The Transfiguration” tersebut telah diletakkan bersebelahan dengan kerandanya sebagai tanda penghormatan terakhir buat diri Raphael.

4. Donatello, pengukir tugu berdarkan kitab Nasrani…

Korang kenal tak dengan Donatello? Nama Donatello sangat kurang terkenal dan jarang diperkatakan. Donato di Niccolo di Betto Bardi merupakan nama sebenarnya tetapi dia lebih dikenali dengan panggilan Donatello. Dia telah dilahirkan pada sekitar tahun 1386 dan meninggal dunia pada 13 Disember 1466. Donatello adalah merupakan anak Niccolo di Betto Bardi yang merupakan seorang anggota Persekutuan Florentine Wool Combers. Dia telah memulakan kerjayanya dalam bidang seni dengan menjadi salah seorang pengukir barangan kemas di studio milik salah seorang ahli perniagaan.



Hasil daripada latihannya itu, dia telah mula mengambil kerja-kerja ukiran dengan membantu beberapa orang pengukir yang lebih senior sebelum dia mula untuk memberanikan diri dengan mengambil projek-projek sendirian. Pada sekitar tahun 1415 dan 1426, Donatello telah berjaya menghasilkan lima buah patung untuk menara bel Santa Maria del Fiore di Firenze yang juga lebih dikenali sebagai Duomo.

Salah satu ukiran marmarnya yang paling awal adalah ukiran tugu David berdasarkan kepada kisah-kisah dalam kitab Bible yang menjadi antara hasil karyanya yang paling terkenal selain yang paling banyak menimbulkan kontroversi kerana mesej tersembunyi yang diukir ke dalam rekaannya.

Bukan senang nak berjaya tau…
Korang semua dah kenal kan nama-nama orang yang digunakan dalam watak siri TMNT tu? Kita seharusnya lebih menghargai karya-karya orang terdahulu ni sebab bukan senang tau nak hasilkan sebuah karya yang sangat berkualiti dan diingati sehinggalah ke hari ini.

SumbeR:https://orangkata.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054562 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list