CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 0

Kisah Di Sebalik Hari Malang, ‘Friday The 13th’

[Copy link]
Post time 14-5-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Di Sebalik Hari Malang, ‘Friday The 13th’



Sesetengah masyarakat barat mengalami rasa takut dan fobia terhadap angka 13 sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi tidak mendapatkan nombor tersebut. Malahan pengarah syarikat dan golongan intelektual juga turut menghindari nombor ini. Hal ini telah menyebabkan negara barat terutamanya Amerika Syarikat dan Kanada melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.



Sebagai contohnya, mereka tidak meletakkan butang nombor 13 pada lif-lif malahan jika sesuatu tingkat itu melebihi angka 13, ia tidak akan digunakan atau sebaliknya diganti lain. Bukan itu sahaja, anda boleh melihat lapangan terbang tanpa pintu pelepasan bernombor 13, hotel atau hospital tidak menyediakan nombor berkenaan dan kesemua kenderaan malahan dilarang menggunakan angka itu pada nombor plat mereka.

Fenomena nombor 13 ini dianggap adalah angka yang membawa nasi malang, disumpah dan juga ‘berhantu’. Kajian mengesahkan, berikutan fenomena ini dipanggil ‘triskaidekaphobia’ dan yang paling menakutkan apabila seseorang individu merasakan akan ditimpa malang dan maut yang menanti jika berada pada tahap kronik fobia.


Tahukah anda selainn angka 13, penduduk di Britain, Jerman, Poland, Bulgaria dan Portugal juga amat takut pada hari Jumaat yang jatuhnya pada tanggal 13 hari bulan. Berikutan fenomena fobia ini digelar sebagai ‘paraskavedekatriaphobia’ atau ‘fraggatriskaidekaphobia’. Malahan Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan Amerika Syarikat di Utara Carolina memaklumkan bahawa antara 17 hingga 21 juta penduduk Amerika Syarikat percaya Friday The 13th adalah hari yang malang.

Kesan kepada kepercayaan itu, ekonomi negara turut mengalami kerugian besar antara RM2.9 bilion hingga RM3.2 bilion pada setiap hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan disebabkan oleh penduduk yang enggan keluar dan menaiki penerbangan pada hari tersebut.




Dikaitkan dengan keagaamaan dan alam mistik, kepercayaan angka 13 sebagai hari malang telah lama dipercayai sejak turun temurun lagi. Peristiwa ‘The Last Supper’ atau ‘Santapan Terakhir’ turut menjadi punca masyarakat Barat membenci nombor ini di mana dalam doktrin agama Kristian telah berlakunya pengkhianatan Judas kepada Jesus dan jamuan santapan itu telah dihadiri oleh 13 individu. Pengkhianatan Judas itu telah menyebabkan Jesus dibunuh dan disalib pada hari Jumaat.




Bagi sesiapa yang pernah menonton filem seram bertajuk ‘Friday The 13th’ telah memaparkan ketakutan sebenar masyarakat barat terhadap angka 13 ini. Watak Jason Voorhees dianggap seolah-olah sebagai peganti Friday The 13th setiap kali munculnya tarikh itu.

Sememangnya setiap masyarakat dan negara mempunyai budaya dan kepercayaan mereka masing-masing, cumanya terpulang kepada individu tersebut untuk mempercayainya ataupun tidak.

Ini hanyalah merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.

Sumber:
The Vocket



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046811 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list