View: 5163|Reply: 9
|
Wanita Meninggal Menjadi Hantu Yang Sangat Terkenal
[Copy link]
|
|
Hantu merupakan kisah mistik yang sangat dipercayai oleh sebahagian orang timur namun ada juga orang barat yang percaya kewujudan hantu yang sering menampakkan diri.
Berikut ini ada beberapa kisah hantu wanita yang menjadi cerita yang menakutkan akibat dari kematian mereka yang sangat tragis dan menyeramkan.
Elva Zona Shue
Elva Zona Shue dikenali sebagai Hantu Greenbrier di Virginia Barat, Amerika Syarikat. Dia tersohor kerana 'hantu'nya telah menceritakan sendiri sebab kematiannya. Wanita ini dibunuh oleh suaminya sendiri kerana tidak membuat masakan yang disukainya.
Hanya ibu Zona, Mary Jane Heaster, curiga menantunya membunuh puteri kesayangannya. Tetapi Mary Jane tidak mempunyai bukti. Mary telah didatangi hantu Zona selama empat malam berturut-turut yang menceritakan perbuatan suaminya yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap dirinya.
Dari peristiwa itu, Mary Jane meminta bantuan masyarakat setempat untuk menyiasat punca kematian puterinya itu. Selepas siasatan secara terperinci, akhirnya suami Zona ditahan atas tuduhan pembunuhan isterinya sendiri.
Sejak suaminya ditangkap, hantu Zona tidak datang lagi. Sehingga hari ini kisahnya terus diceritakan kembali oleh masyarakat dunia.
Marie Laveau
Marie Laveau dikenali kerana kononnya menjadi pengamal Voodoo dan ilmu hitam. Dia sangat tersohor di pertengahan tahun 1800-an.
Leavue dukun yang sangat kuat dan mampu memerintahkan alam ghaib di bawah kuasanya. Makam perempuan ini merupakan tempat paling seram di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat.
Hantu Laveau kononnya akan muncul di hadapan mereka yang berani mengetuk ruang bawah tanah di sebuah toko menjual barang-barang perdukunan. Toko ini pernah menjadi tempat tinggal ahli sihir wanita ini.
Kate Morgan
Kate Morgan merupakan hantu wanita muda yang menghuni ruangan Picturesque, Hotel Beachside del Coronado, di California, Amerika Syarikat.
Pada 1892, Morgan ditemui mati dengan peluru bersarang di kepalanya. Tangannya menggenggam pistol ketika itu.
Pada mulanya, semua orang merasakan yang dia membunuh diri. Namun selepas disiasat, pistol dan peluru tidak sepadan. Pembunuhan Morgan hingga kini belum berjaya diselesaikan.
Para pekerja hotel dan tetamu sering melihat hantu Morgan. Kehadirannya boleh dirasakan apabila kadang-kadang buku terselak dengan sendirinya tanpa seorang pun menyentuhnya atau pam air di tandas berfungsi sendiri.
Dolly Madison
Dolly Madison merupakan isteri Presiden Amerika Syarikat keempat James Madison. Dia enggan berpindah dari Rumah Putih lantaran tamannya yang sangat indah. Dolly memang memiliki hobi terhadap taman bunga. sehingga dia meninggal dunia.
Ketika Woodrow Wilson menjadi presiden, dia dan isterinya Edith hendak menghias semula kebun milik Dolly.
Hantu Dolly rupanya tidak dapat merima jika ada orang yang hendak merosakkan tamannya. Hantunya muncul dan menyebabkan semua tukang kebun lari ketakutan. Akhirnya rombakan itu dihentikan.
Hingga kini, Dolly masih menjaga tanamannya. Sesekali dia akan menampakkan diri berjalan melihat kebun bunga yang dibangunkan sendiri olehnya. Ini sekaligus menjawab kenapa Rumah Putih tidak pernah merubah hiasan halamannya.
Si Manis Jembatan Ancol
Si Manis Jembatan Ancol dikenali dengan nama Mariam atau Siti Ariah. Menurut cerita, dia seorang gadis desa yang telah diperkosa beramai-ramai oleh pemuda yang mabuk.
Mereka juga telah membunuh Mariam dan melemparkan mayatnya ke bawah jambatan Ancol.
Sejak itu, masyarakat sering melihat kelibat wanita cantik berjalan sendirian di tengah malam, di daerah sekitar Ancol.
Para tetamu Hotel Horison juga sering mendapat laporan adanya sosok Mariam berjalan, lalu menghilang. Pihak hotel konon membuat bilik khusus untuk dirinya.
Mariam juga dikenal di pelbagai negara. Beberapa media asing pernah mengulasnya sebagai legenda urban masyarakat Jakarta.
Kredit: SentiasaPanas
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Marie Laveau queen of Vodoo.. Tapi aku ada baca.. Katanya Marie ni sebenarnya baik dan banyak membantu org2 kulit hitam kat kwsn dia tinggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cahayahidupku at 15-5-2021 11:29 PM
"Laveau was also known as a female religious leader and community activist. Her community activities included visiting prisoners, providing lessons to women of the community, and doing rituals for those in need."
betul tu sarah. kalu tgok background dia ni..jnis org yg baik2. ketua agama plk tu di kalangan wanita. Cmne leh trjebak ngn black magic kan. 2 in 1 kekdahnye. hihi.
|
|
|
|
|
|
|
|
cahayahidupku replied at 15-5-2021 09:51 PM
"Laveau was also known as a female religious leader and community activist. Her community activiti ...
Vodoo ni x salah adalah agama dari Afrika.. Bercampur aduk dgn Katolik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-5-2021 11:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 15-5-2021 09:56 PM
Vodoo ni x salah adalah agama dari Afrika.. Bercampur aduk dgn Katolik.
Oh yeke. Aku slama ni hengat voodoo tu Black magic. Tq for sharing the info. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai igt lizzie borden je...feymes gak tu...hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
kt msia pun hada
satu skolah agama perempuan kt ipoh
katanya hantu tu kerabat negeri tu |
|
|
|
|
|
|
|
cahayahidupku replied at 15-5-2021 11:24 PM
Oh yeke. Aku slama ni hengat voodoo tu Black magic. Tq for sharing the info.
Mula ingat mcm tu juga.. Bila baca ttg vodoo baru faham.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 16-5-2021 12:14 AM
kt msia pun hada
satu skolah agama perempuan kt ipoh
katanya hantu tu kerabat negeri tu
Hantu apa? Or hantu siapa ni? Tak pernah dengar |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia pun byak, cuma xdan tanya nama..
epik tui sekolah ade tentera jepun, highland tower ke ape yg ade minah congsam merah tu
pastu ade mmbe ni cite antu bawah jematan bukit tinggi, rupanya ade plat nama dia kat situ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|