View: 2291|Reply: 3
|
3 Pekan Palsu Yang Wujud Di Seluruh Dunia Ini Mampu Buat Anda Tertipu
[Copy link]
|
|
3 Pekan Palsu Yang Wujud Di Seluruh Dunia Ini Mampu Buat Anda Tertipu
Apa yang akan anda lakukan sekiranya terdampar di sebuah pekan kecil yang tidak mempunyai seorang pun penghuni? Blok kedai semuanya ada tetapi anda langsung tidak akan bertemu seorang manusia di situ. Pelik bukan?
Sekiranya berada dalam situasi di atas, anda mungkin berada di pekan palsu yang dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan masing-masing.
Kami akan kongsikan tiga pekan palsu yang boleh ditemui di seluruh dunia menerusi artikel ini:
1. AstaZero
Kerajaan Sweden telah membangunkan sebuah pekan kecil khusus pada tahun 2014 untuk menguji sistem automasi kenderaan dalam situasi dunia nyata.
Lebih dikenali sebagai AstaZero atau nama penuhnya Active Safety Test Area and Zero, ia mengambil masa satu jam untuk sampai ke sana dari bandar terdekat iaitu Gothenburg.
AstaZero menawarkan teknologi terkini untuk menguji semua kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya kenderaan dikawal oleh kecerdasan buatan.
Ia dibahagikan kepada beberapa zon berbeza bergantung pada simulasi yang ingin diuji seperti jalan pedalaman, bandar, lebuh raya dan berkelajuan tinggi.
AstaZero juga mempunyai litar dalaman terpanjang dunia yang mampu menghasilkan simulasi hujan, ribut salji dan kegelapan untuk memastikan sistem yang dibangunkan itu benar-benar selamat.
2. Paris Kedua
Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan Perancis telah membangunkan sebuah bandar yang kelihatan sama seperti Paris dengan harapan tentera Jerman akan keliru ketika ingin melakukan serangan.
Terletak kira-kira 40 kilometer dari Paris sebenar, kerajaan Perancis telah membangunkan semula beberapa mercu tanda ikonik negara berkenaan seperti Champs-élysées, Arc de Triomphe, Paris Opera, Saint-Denis and Aubervilliers dan Gare du Nord dengan sangat teliti. Pekan palsu ini turut lengkap dengan sistem lampu, jalan kereta api palsu dan jalan raya.
Bangunan yang kelihatan sama seperti apa yang ada di ibu negara Perancis itu dihasilkan semula dengan kayu dan ia dicat agar menyerupai bangunan asal.
Untuk membuatkan bandar tersebut kelihatan hidup, kerajaan Perancis telah memasang lampu di seluruh pekan tersebut supaya ia kelihatan berpenghuni.
Pada awalnya, Perancis merancang untuk membangunkan Paris kedua dalam tiga fasa melibatkan beberapa mukim yang ada tetapi rancangan tersebut tidak dapat diteruskan selepas perang tamat.
3. Hogan’s Alley
Terletak di Quantico dekat Virginia, Hogan’s Alley merupakan pusat latihan agensi risikan Amerika Syarikat iaitu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan ia tidak dibuka kepada orang awam.
Hogan’s Alley yang dibuka pada tahun 1987 ini dibangunkan bagi menghasilkan semula replika sebuah bandar yang realistik lengkap dengan semua kemudahan seperti bank, pejabat pos dan kedai gunting rambut.
Bagi memastikan ketulenan bandar tersebut, pihak FBI telah bekerjasama dengan pakar-pakar kesan khas Hollywood semasa pembinaan pekan berkenaan di mana mereka banyak memberikan idea dari segi reka bentuk Hogan’s Alley.
Petugas dan pegawai agensi tersebut akan hadir ke latihan untuk memainkan peranan yang diberikan kepada mereka seperti pegawai bank, perompak, orang biasa dan pegawai FBI.
Sekiranya diberi peluang satu hari nanti, pekan mana yang akan anda kunjungi?
Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah menarik..baru ku tahu..Tq TT sudi share |
|
|
|
|
|
|
|
menarik.. kalau boleh nk tgk ketiga tiganya.. |
|
|
|
|
|
|
|
1. AstaZero (terus terigt AstraZeneca)
Teringin nk tgk simulasi tu
"AstaZero juga mempunyai litar dalaman terpanjang dunia yang mampu menghasilkan simulasi hujan, ribut salji dan kegelapan untuk memastikan sistem yang dibangunkan itu benar-benar selamat."
2. Fake Paris xpe lh
3. Hogan's alley
FBI pun refer org filem
Klu di msia mmg idok le
Org filem kita pakar psl hantu, rempit dgn lawok yg x lawok blh lh
Tu pun sedeyh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|