CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2712|Reply: 5

Puteri China Jadi Perisik Jepun, Ini Kisah Yoshiko Kawashima

[Copy link]
Post time 11-6-2021 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Puteri China Jadi Perisik Jepun, Ini Kisah Yoshiko Kawashima



Dilahirkan sebagai Aisin Gioro Xianyu pada tahun 1907, Yoshiko Kawashima telah dihantar ke Jepun selepas kejatuhan Dinasti Qing. Bagi Jepun, Yoshiko ialah seorang pahlawan yang penuh inspirasi. China pula menganggap wanita tersebut sebagai pengkhianat terbesar. Kami akan kongsikan kisah Yoshiko Kawashima menerusi artikel ini:

Yoshiko lahir dalam empayar yang hampir lenyap


Yoshiko bersama tiga orang abangnya dan bapa angkat. Sumber: All That’s Interesting

Salah seorang anak kepada Putera Shanqi berketurunan Manchu yang berkait rapat dengan Dinasti Qing, keluarga Yoshiko mula berkuasa sejak abad ke-17 selepas mengalahkan Dinasti Ming.

Pada tahun 1911, Republik China ditubuhkan selepas satu revolusi yang dipimpin oleh satu revolusi yang dipimpin oleh Sun Yat-Sen telah menggulingkan Dinasti Qing.

Selepas insiden tersebut, Yoshiko dihantar ke Jepun untuk tinggal bersama rakan bapanya iaitu Naniwa Kawashima. Bermula dari situ, Yoshiko tidak lagi dikenali sebagai Xianyu tetapi dengan identiti baharu beliau.

Puteri dalam buangan itu menunggang kuda ke sekolah, memotong rambut pendek dan berpakaian seperti lelaki. Beliau ingin menjadi seperti suri teladan beliau iaitu Joan of Arc.

Joan of Arc ialah seorang wanita berperwatakan lelaki yang pernah memimpin pasukan perang di Perancis pada abad ke-15. Yoshiko juga pernah memberitahu rakan sekelasnya bahawa beliau akan menawan semula China jika mempunyai 3,000 orang tentera.

Bapa angkat Yoshiko turut memberi dorongan kepada wanita tersebut untuk kembali ke China bagi mengembalikan kekuasaan keluarganya.

Yoshiko berkahwin dengan seorang putera Mongolia


Sumber: Iluminasi

Selepas terlibat dalam hubungan dengan beberapa orang lelaki dan menjadi perhatian media, Naniwa memutuskan untuk mengahwinkan anak angkatnya dengan seorang putera Mongolia bernama Ganjuurjab.

Yoshiko tidak menjadikan statusnya sebagai seorang isteri untuk menghalang beliau terlibat dalam kehidupan malam di Tokyo. Ketika berusia 24 tahun, puteri itu sering dilihat berpelesiran di dewan tarian, bar atau kasino.

Yoshiko jadi perisik Jepun

Pada tahun 1931, tentera Jepun menanam bom di landasan kereta api dekat luar kota Shenyang dan turut menuduh pemberontak sebagai alasan untuk menyerang seluruh timur laut China.

Apabila Jepun berjaya menguasai Manchuria, mereka memerlukan alasan kukuh untuk menjadikannya kelihatan sah. Keberanian, semangat dan pertalian Yoshiko dengan Mongolia serta Manchuria adalah ciri-ciri utama wanita tersebut direkrut sebagai perisik Jepun. Beliau turut berjaya meyakinkan Maharaja Puyi dari Dinasti Qing untuk menjadi pemerintah Manchukuo.

Manchukuo: Negeri boneka Jepun


Sumber: Iluminasi

Yoshiko mula membayar beberapa orang penduduk pada tahun 1932 untuk memulakan rusuhan dan pergaduhan ganas. Taktik kotor ini secara tidak langsung telah memberikan lebih alasan kepada Jepun untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Shanghai.

Beliau mula memimpin tentera kecil yang terdiri daripada beberapa ribu pasukan berkuda untuk menindas pejuang kebebasan China. Disebabkan pegawai tinggi Jepun ingin menggunakan puteri itu sebagai tokoh masyarakat, sebuah novel bertajuk The Beauty In Men’s Clothing telah diterbitkan pada tahun 1933.

Novel itu bagaimanapun lebih mensensasikan kisah hidup Yoshiko daripada menceritakan hal sebenar. Apabila Yoshiko kembali ke Jepun, puteri itu menjadi perhatian dan dijemput untuk diwawancara rancangan radio serta merakam album untuk lagu rakyat Mongolia.

Yoshiko dituduh sebagai pengkhianat bangsa


Sumber: Iluminasi

Menjelang tahun 1940, tentera Jepun sudah muak dengan Yoshiko kerana wanita itu terlalu terkenal untuk menjadi perisik dan sangat lantang bersuara untuk menyimpan rahsia.

Selain menderita penyakit sifilis, Yoshiko juga ketagih dengan morfin dan candu pada waktu itu. Puteri dalam buangan itu turut melakukan peras ugut terhadap warga China yang kaya sebelum dikenakan tahanan rumah.

Jeneral Hayao Tada yang dikatakan pernah menjadi kekasih Yoshiko telah membantu memindahkan puteri tersebut untuk menjalani tahanan rumah di Jepun. Puteri itu kemudiannya berpindah ke Beijing dan tinggal di sana sehingga akhir Perang Dunia Kedua.

Pada Ogos 1945, pasukan Soviet telah menyerang Manchukuo dan menangkap Maharaja Puyi serta meletakkan titik noktah pada riwayat Jepun di negeri berkenaan.

Selepas ditangkap polis, Yoshiko yang kini dituduh sebagai pengkhianat bangsa telah diadili dalam satu perbicaraan. Gara-gara tidak menemui bukti kukuh, hakim mula menggunakan novel yang telah ditulis tentang puteri berkenaan.

Puteri itu mendakwa bahawa kisahnya di dalam novel itu banyak ditokok tambah dan akan menyebabkan beliau meninggal dunia. Pada 25 Mac 1948, Yoshiko dibawa ke halaman penjara yang dipenuhi salji dan menghembuskan nafas terakhir selepas ditembak di bahagian belakang kepalanya.

Sumber:
All That's Interesting
https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT!

Teringat cite Korea The Last Princess, adaptasi kisah hidup Princess Deokhye. Puteri South Korea yg dihantar ke Jepun by ayahandanya..utk keselamatan n kebangkitan semula keluarga diraja. Tp cite ni sedih..Princess Deokhye xspt Yoshiko..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat movie mesti best ni. Sbb Yoshiko tu mcm bad ass
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:27 AM | Show all posts
Reira77 replied at 3-8-2021 03:46 AM
Kalau buat movie mesti best ni. Sbb Yoshiko tu mcm bad ass

ada movie nya. ai dah tengok 2x



Watak Kawashima Yoshiko mcm dibuat khas utk Anita Mui
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:30 AM | Show all posts
ketupatnasi replied at 12-6-2021 07:38 AM
Thanks TT!

Teringat cite Korea The Last Princess, adaptasi kisah hidup Princess Deokhye. Puteri S ...

citer tu byk sugar coated dan elemen2 fiksyen. kalau diikutkan kisah hidup dia sedih dan penuh tragis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice story tt.
Nanti buka la thread psl perpecahan china akibay perang saudara antara Mao Zhi Tong vs. Chian Kai Sek.

Sejarah 3 negara ni China, Jepun & Korea sgt menarik n complex. I is pening
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.212509 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list