|
Edited by BlueRose99 at 17-6-2021 01:05 PM
Saya kongsikan di sini untuk renungan bersama.
Katil 7, Bilik 3, Wad 39,
Pusat Kusta Kebangsaan Negara | PKKN Sungai Buloh.
TQ semua yang tak putus2 bagi kata semangat dan mendoakan kami. Semoga Allah membalas doa2 kalian dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada barisan doktor, doktor kanak2, nurse, guard, cleaner etc yang telah menjaga dan menyantuni kami dengan baik sekali.
Terima kasih frontliners!
Di wad ini semua senasib macam kami..
Anak2 sahaja yang positif tapi disebabkan masalah penjagaan ibu dibenarkan untuk menemankan. Cuma ada surat yang ibu kena tandatangani mengatakan bersetuju dengan kemungkinan risiko penularan jangkitan virus COVIDー19.. means percentage untuk kena tu memang tinggi. Pengorbanan seorang ibu!
Untuk pengetahuan..
Suami tercinta, 41, meninggal dunia due to #COVIDー19 stage 5 pada hari keenam 'ditidurkan' di ICU HKL. Apa yang paling menyedihkan kami tidak dapat hadir pada hari pengkebumiannya kerana sedang kuarantin di rumah.
Kes suami adalah kes kluster tempat kerja..
Kluster Jalan Desaria!
Selepas tiga hari dikejutkan dengan pemergian suami tercinta, kami dikejutkan pula dengan panggilan telefon dari pegawai PKD Lembah Pantai memberitahu keputusan 2nd swab test anak disahkan positive. Allahuakbar!
PKD pada mulanya meminta anak terus dikuarantin di rumah dengan pemantauan melalui telefon. Namun pada hari ketiga anak mengalami sesak nafas @athma dan terus dibawa ke PKKN Sungai Buloh.
Kami OK je kuarantin di PKKN Sungai Buloh ni..
Sangat selesa. Wad yang dikelilingi taman.. menggunakan konsep seperti 'rumah kediaman' yang mana pesakit dibenarkan keluar tetapi masih di dalam pagar wad bagi menghirup udara luar, beriadah dan sebagainya..
Makanan pun OK.. ada makan untuk sahur, breakfast, lunch, minum petang dan dinner. Alhamdulillah..
PKKN atau Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh ini dijadikan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah bagi menempatkan pesakit COVIDー19 di tahap satu, dua dan tiga manakala bagi pesakit di tahap empat dan lima atau kritikal diletakkan di Hospital Sungai Buloh yang telah digazetkan sebagai hospital COVIDー19.
Pastinya ini menjadi kenangan yang tak akan dilupakan!
COVIDー19 is real!
So teruskan menjaga kebersihan diri dan keluarga. Ikut SOP yang ditetapkan. Semoga anda semua dijauhkan dari virus COVIDー19 dan semoga Allah segera mengangkat segala musibah yang sedang menimpa kita. Aamiinnn..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|