Mak hader tertengok dokumentari pasal keranda tergantung di selatan China. Dari jumpaan deme neh nampak minoriti non-Han banyak jugak di selatan China. Mak nak analisis dulu dokumentari nyer sebab mak takde masa asek duk melayan habam ngkaw jer, sikit-sikit lapor nak melahap capati dia tu, yiiih!!!1
Fokus citer keranda neh, suku kaum Bo di wilayah Sichuan dan Yunnan. Rekod Cina katanya sebut deme sebagai Baipu. Asal-usul deme sebelah tenggara wilayah Sichuan, China. Masa zaman dinasti Zhou, deme panggil geng neh sebagai Pu atau Bai-Pu. Deme tak cakap bahasa Cina tapi tinggal sebelah hulu Sungai Yangtze. Deme kena jajah dengan negara Ba. Selepas itu, negara Ba kena jajah dengan dinasti Qin Shih Huang Ti jadi Cina masa tahun 316 SM.
Suku kaum neh wujud lagi masa kurun ke-12 masihi. Tahun 1573, mukim deme di Lingxiao dan Gong kena sembelih beramai-ramai dengan Cina dari dinasti Ming. So, neh history selatan China kot.