|
[LUBUK KREDIT] Kongsi Pantang Larang Orang Melayu
[Copy link]
|
|
Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan ibu bapa
Pantang larang mengenai adab makan ini menekankan tentang sisa makanan bayi. Jika sisa ini tidak habis, ia tidak boleh dimakan oleh ibu bapa kerana dipercayai bayi akan melawan kata orang tua apabila besar kelak.
Bagi ibu bapa mungkin kerana sayang untuk membazir makanan, mereka memilih untuk menghabiskan sisa makanan anak mereka. Bagi orang tua zaman dahulu, pantang larang ini sebenarnya menekankan pendidikan kepada anak agar menghormati dan menyanjung ibu bapa walaupun masih kecil lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan potong kuku malam, nanti miskin
Tak boleh potong kuku malam-malam, nanti jadi miskin! Pernah dengar tak nenek moyang korang cakap ni? Asal nak potong kuku malam je dorang tak kasi, sebab takut kita jadi miskin. Sebenarnya dulu-dulu kan takde pencahayaan yang elok dalam rumah, so bahaya dan boleh cederakan diri kalau potong kuku malam-malam. Sebab tu lah dorang taknak bagi kita potong kuku malam-malam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Hamil Dilarang Lalu di Bawah Ampaian
Maksud tersurat adalah anak yang bakal dilahirkan nanti akan cacat seperti gagap.
Namun maksud yang tersirat adalah dibimbangi ibu hamil tersebut akan tersadung pada ampaian dan menyebabkan keguguran atau kecederaan kandungan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gigit Mata Pisau Sebelum Potong Buah
Petua ini dikatakan untuk mengelak luka semasa potong buah. Sekali imbas macam tak ada kaitan?
Tapi sebenarnya ada rasional iaitu apabila pisau digigit, pelaku akan lebih berwaspada kerana rangsangan deria apabila pisau dimasukkan kedalam mulut. Maka secara langsung pengguna akan lebih berhati – hati ketika memotong buah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sewaktu Membina Rumah, Hadapkan Pintu Menghadap Angin Bertiup.
Ini adalah petua hasil daripada cerapan pemerhatian orang dulu – dulu yang melihat rumah yang dibina dengan tak melihat arah angin akan menyebabkan rumah tersebut tak dimasuki angin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan potong kuku malam2...nanti harimau datang...
tapi sebenarnye sbb takut terkepit kat daging kuku... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|