CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5064|Reply: 10

Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!

[Copy link]
Post time 8-7-2021 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Manisan Turki Yang Berasaskan Keju, Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!



Korang perasan tak sekarang, manisan daripada negara Turki ini semakin dikenali dan sudah ramai orang mula  menjualnya. Ini kerana rasa kunafa ini memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

Bahan utama kunafa ini adalah keju makan rasanya memang enak lagi-lagi dimakan semasa masih panas. Jom cuba resepi kunafa ini hanya dengan menggunakan air fryer.

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1/2 biji jus perahan lemon
  • 1 sudu air mawar
  • Vermicelli atau pastri Kaitaify
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan susu
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sdb esen vanila
  • 100gm cream cheese
  • Kacang pistachio – dicincang kasar
  • Keju mozzarella atau keju Akkawi


CARA PENYEDIAAN
Siapkan sirap terlebih dahulu dengan campurkan 1 cawan air, 1 cawan gula, 1/2 biji just perahan lemon dan 1 sudu air mawar. Renehkan sehingga ia menjadi pekat.



Kemudian, ramaskan vermicelli menjadi pendek. Masukkan 1/2 cawan mentega dan gaulkannya bersama vermicelli sehingga ia menjadi lembab.



Sediakan sos krim pula dengan 1 cawan susu, 2 sudu tepung jagung, 1 sudu gula, esen vanila dan cream cheese renehkan sehingga menjadi pekat.



Sediakan loyang, masukkan vermicelli ratakan sehingga mampat lebih kurang tebal 1 inci.

Letakkan sos krim di atasnya dan lapiskan bersama keju mozzarella.



Letakkan sos krim lagi di atas keju tersebut dan tutup bersama vermicelli.

Bakar dalam air fryer,  suhu 140 darjah selama 20 minit.




Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Ena Mohd Arip
https://myresipi.com/manisan-tur ... nya-guna-air-fryer/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah beli online..pekat bau cheesenya..mmg keju tebal. Mkn sikit2 je..muak. Leoas tu smbung ngap lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru beli senalam..mmg suka sgt kunafa ni tp ada tempat jual kurang sedap
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap sgt kunafa kalau makan yg fresh, kalau yg dh lama keju pon kejung
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh someone explain ape rasa kunafa ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:39 PM | Show all posts
biasa tengok kunafa di dekat kedai2 makanan arab ke pun..tapi tak pernah try..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 03:43 PM | Show all posts
tq for the resepi ... boleh try ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
X manis sgt ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 10:06 AM | Show all posts
nampak sodappp... bleh try ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try hujung minggu ni. Thanks for the recipe!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 07:06 PM | Show all posts
yummy. iols suka kunafa tapi xpernah cuba lagi. nnt boleh try.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.291164 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list