CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3949|Reply: 11

Doktor Ini Kongsi Khasiat Dan Kebaikan Kunyit Yang Ramai Tidak Tahu

[Copy link]
Post time 10-7-2021 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 10-7-2021 07:28 PM

Kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa merupakan tumbuhan dari keluarga halia yang sering digunakan didalam masakan.

Tetapi tahukah anda, rempah berwarna kuning ini bukan sahaja buat perasa masakan malah ia juga mempunyai 1001 manfaat kesihatan yang mungkin ramai masih belum tahu.

Melalui perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di laman Facebook nya, beliau telah menerangkan secara terperinci antara 6 khasiat utama kunyit.  Jom kita semak bersama!


Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.
Biasalah budak –budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu.

Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.

Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka.

Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.

Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.

Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
NEXT >>

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2021 07:21 PM | Show all posts
Edited by novelloverzz at 10-7-2021 07:24 PM

6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya :

1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya.

Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.

Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenik, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.

Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.

Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.

2. Kunyit adalah anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.

Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.

Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.

3. Kunyit adalah anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.

Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.

4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.

Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen “neuroprotective”. Ala-ala security guard.

Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.

Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utama dalam kunyit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2021 07:23 PM | Show all posts


5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.

Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.

6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.

Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.

Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.

Itu Tok Bi. Kita macam mana?

Kredit: https://www.impiana.my/doktor-in ... mai-tidak-tahu/amp/
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:43 PM | Show all posts
Daun kunyit wangi. bila letak dalam masakan wangi 1 rumah. biasanya letak dlm masak lemak cili api.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2021 04:07 PM | Show all posts
kerisnaga replied at 11-7-2021 02:43 PM
Daun kunyit wangi. bila letak dalam masakan wangi 1 rumah. biasanya letak dlm masak lemak cili api.  ...

Tabur hirisan daun dlm rendang pun wangi
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 04:58 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 11-7-2021 04:07 PM
Tabur hirisan daun dlm rendang pun wangi

ya. dalam rendang pun letak juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat masa dalam pantang, arwah tok perempuan suruh minum air kunyit hidup setengah gelas. Puas tutup hidung. Arwah tok perempuan dulu memang selalu amalkan air kunyit dan air pegaga untuk yang jumpa dia yg  ada masalah sakit perempuan. Arwah memang tanam pokok kunyit dan pegaga serta herba2 lain.Tumbuk kunyit dgn lesung masa tu.
Mungkin sebab suka makan herba, masa arwah tok meninggal umur 80an, gigi arwah penuh dan pendengaran dan penglihatan pun baik lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 07:57 AM | Show all posts
ghalibboy replied at 20-9-2021 06:36 AM
Teringat masa dalam pantang, arwah tok perempuan suruh minum air kunyit hidup setengah gelas. Puas t ...

Saya pun pengamal minum air kunyit tp sy baru tau baik utk gigi, penglihatan & pendengaran.
Tq utk info.
Lg semangat nk continue sbb kdg2 terskip sbb mls nk cincang kunyit sbb kn pki plastic bagai.
Cara sy minum cincang 2 ruas kunyit hidup, madu 1 sudu besar campur dalam air suam segelas. Minum sebelum tido. L
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 20-9-2021 07:57 AM
Saya pun pengamal minum air kunyit tp sy baru tau baik utk gigi, penglihatan & pendengaran.
Tq u ...

Wah, good practice. I tak boleh minum macam ni walaupun arwah tok perempuan memang mengamalkan minum air kunyit hidup. Tapi I selalu guna kunyit hidup dan daun kunyit dalam masakan, seperti masak lemak cili api, masak pindang, masak asam pedas, curry  dan menggoreng2 lauk.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 12:54 PM | Show all posts
ghalibboy replied at 20-9-2021 12:27 PM
Wah, good practice. I tak boleh minum macam ni walaupun arwah tok perempuan memang mengamalkan min ...

Kunyit hidup byk khasiat tp itu la byk org x thn bau dia. Mula2 dulu x thn gak tp fkr benefit tu gagahkan smpi jd alah bisa tegal biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 10:56 AM | Show all posts
tok dulu suka sangat makan kunyit muda buat ulam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
epal_putih replied at 11-11-2021 10:56 AM
tok dulu suka sangat makan kunyit muda buat ulam..

Tok sihat? Ada penyakit ape2 x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.209330 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list