CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ciksepatu

[Penulis] Penulis kegemaran anda buat masa ni

[Copy link]
Post time 23-9-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pengumpul novel ahadiat akashah
Aisya sofea
Liana afira malik
Sharifah abu salem

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengumpul novel RAM, Imaen Dan Abdul Rahim Awang. Yang lain tu depends.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 12:06 PM | Show all posts
saya suka novel seram & thriller..novel2 cinta ni..rasa macam dah tak boleh masok lagi..rasa macam geli lak baca..hero & heroin di gambarkan terlalu perfect

saya suka hasil tulisan tey marzuki..1st buku baca purnama..terus tersuka..pstuh terus buat koleksi semua buku dia..nih sebahagian penulis yg saya suka dan mmg akan beli buku diorg sebagai koleksi mini library :

Maria Kajiwa - semua koleksi ada
zharulnizam shah Z.A - sangat suka penulis ni..1st time baca buku thriller yg saya nangis
hlovate - paling suka tunas
nadz - novel  sweet sour & karamel yg saya ulang baca lebih 20x and still tersenyum
ahadiat akashah - sebahagian novel saya masih simpan yg cetakan pertama..takkan bagi sape2 pinjam

novel2 ramlee awang murshid cuma ada sebahagian jek..saya bukan fan dia sangat..tak tau kenapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 03:14 PM | Show all posts
kipas.berhabuk replied at 27-7-2021 02:50 PM
Macam i pulak memang penggemar tegar novel-novel RAM. Semua novel dia i ada kecuali Pei Pan dgn apat ...



Hi kipas, dah dapatkan buku Pei Pan Ram? Ram dah keluarkan semula novel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:06 AM | Show all posts
cuba cari buku Syu Ariani
ada 4 buah buku yang berunsur twisted tales
1/ Anastasia
2/ Ursula
3/ Belle
4/ Cinderella



Anastasia & Ursula boleh beli kat shopee
tapi Belle & Cinderella kena tunggu ...
tak sure nak reprint ke tidak



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 18-2-2022 11:06 AM
cuba cari buku Syu Ariani
ada 4 buah buku yang berunsur twisted tales
1/ Anastasia

Best tak eh yg 3 lagi tu, i haritu beli anastasia cover princess biru tu tp i baca rasa mcm try hard sgt nak jadi unik jalan citer. Dia jd tak best pd i. Review dkt ig n goodreads pulak mcm best giler male hero dia tp bg i biasa2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 06:55 PM | Show all posts
Thecatnextdoor replied at 5-5-2022 01:17 PM
Best tak eh yg 3 lagi tu, i haritu beli anastasia cover princess biru tu tp i baca rasa mcm try ha ...

bagi saya ok
sebab saya tengok watak perempuan dia
sebab boleh fight
yang lelaki biasa-biasa jer

saya layan je sebab takde author yang buat twisted tales
so far ok lah
sebab go with the flow ...

cuma yang Belle tu rasa pening sangat
sungguh lah twisted ... sabar jer lah

sekarang tengah baca last .. Cinderella

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:58 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 18-2-2022 03:06 AM
cuba cari buku Syu Ariani
ada 4 buah buku yang berunsur twisted tales
1/ Anastasia



Macam best ja, ala2 apa tu fly?

Tebal tak? Saya dah tak dan nak baca kalau tebal2 ni tak habis, huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 08:20 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 6-5-2022 08:21 AM
Catpaw replied at 5-5-2022 09:58 PM
Macam best ja, ala2 apa tu fly?

Tebal tak? Saya dah tak dan nak baca kalau tebal2 ni tak habis, ...

bayangkan fairy tales tapi twisted dalam plot berlainanan
main hero is female gender and action pack and bit romance
tebal tu dalam 400-600 plus pages


twisted tales ni teringat series Cinder (The Lunar Chronicles) by Marissa Meyer
main hero is female gender and adalah robot yang ada perasaan and nafsu seperti manusia
and each series ada kaitan dengan fairy tales
Red Riding Hood, Rapunzel, Snow White, Sleeping Beauty and Cinderella ...
so plot memang menarik ...

Anastasia(Twisted Tales: Princess Series #1)
Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas prince charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri?

Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu.

“Awak tak takut mati, Aina Natasha?” – ARHAN

“Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh,” – AINA NATASHA

Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran ‘pembunuh’ tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu.

Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Pada saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan.

“Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!” – HADI

“Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?” – ARHAN

Segala serangan dipatahkan dan ditepis. Berkali-kali mereka diasak, berkali-kali jugalah mereka mengasak. Mereka berlawan demi mempertahankan nyawa di dalam tubuh dan rasa dalam hati. Hinggalah satu per satu kebenaran terbongkar, sedikit demi sedikit kekuatan Aina dan Arhan tergugat. Apa yang mereka lihat, bukanlah realitinya. Apa yang mereka fikir, bukanlah hakikatnya.

Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri – “Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?”





Ursula(Twisted Tales: Princess Series #2)
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata.

“Kahwin dengan aku atau nyawa dia melayang, di depan mata kau.” - ASYFA HANNANI

Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu.

TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi…

“Leave the past there. I wanna be your present, your future.” - HADI

Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail.

Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa…

“Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!”

Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi si tuan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?




Belle(Twisted Tales: Princess Series #3)
ADELINE JAMEELA.

Maksud namanya, noble. Cantik.
Tapi kenapa dia rasa kehidupannya tak secantik mana?
Hidupnya kabur-kabur sebab dia tak ingat apa-apa langsung!
Namun dengan kehadiran Ayaaz, hati dijentik satu rasa.

“Tolong percayakan saya.”

Kala satu demi satu penipuan tersingkap, Adeline nekad.
Akan dia buka kotak Pandora itu dan bongkarkan segalanya.

“Pandora box is a source of great, unforeseen troubles.
Think you can handle the consequences?”
“Try me.”

Namun setelah kotak Pandora terbuka, dia terngadah.
Kerana hakikatnya...
Hidupnya tak seindah nama yang dimiliki.

AYAAZ.

Menjadi pengawal peribadi Adeline Jameela, tak mudah.
Menguji mental dan fizikal. Menguji perasaannya.
Dia yang berjanji untuk sentiasa ada buat wanita itu, akhirnya
dia sendiri yang kata...

“Saya tak pernah ada hubungan dengan Adeline Jameela.
Sampai bila-bila.”

Satu garisan jelas dicipta Ayaaz. Meski dia tahu ada hati yang
berantakan, Ayaaz terpaksa. Kerana hakikatnya...
Dia yang membawa kelam ke dalam dunia wanita itu.

“Awak tahu tak, Beauty and the Beast ada twisted version?”
“Twisted version?”
“Haah. Dalam twisted version, sebenarnya...”

Jika di dalam dongeng Beauty and the Beast, Belle tetap setia
bersama Beast mengharungi segala dugaan.
Bagaimana dengan mereka? Apa kesudahan kisah mereka?





Cinderella(Twisted Tales: Princess Series #4)
TENGKU ELYANA.

Dia, Cinderella berdarah.
Cinderella yang penuh dengan noda, tidak seperti dongeng Cinderella. Dibelit rasa berdosa dan kisah silam, Elyana merasakan bahagia bukan miliknya.
Tapi dengan kemunculan seseorang...

“Let’s have a bet. Be my lover,” - DEAN

Elyana tergemap. Lelaki itu tak bercanda! Tapi Elyana juga takkan mampu nafikan yang Dean semakin mendapat tempat di dalam hatinya!

DEAN.

Dia, Mr. Cinderella.
Cinderella versi lelaki yang tak pernah diiktiraf ahli keluarganya, jauh sekali merasa kasih sayang. Tapi dengan adanya wanita itu...

“I pun bersyukur you ada dengan I, untuk I,” - ELYANA

Sumpah, hati Dean berbunga mekar! Pertaruhan tersebut tak lagi bermakna apa-apa kerana seluruh jiwa lelakinya sudah dimiliki Elyana!

Bahagia yang selama ini dicari kedua-dua Cinderella mula menampakkan sinar. Tetapi bilamana kisah lama dan dosa silam datang menghantui, juga rahsia dan pembohongan mula terbongkar, apa yang akan terjadi?

Apabila Cinderella berdarah dan Mr. Cinderella bertemu, akan adakah pengakhiran bahagia menanti mereka?


Cinder(The Lunar Chronicles #1)
Humans and androids crowd the raucous streets of New Beijing. A deadly plague ravages the population. From space, a ruthless Lunar people watch, waiting to make their move. No one knows that Earth’s fate hinges on one girl. . . . Cinder, a gifted mechanic, is a cyborg.

She’s a second-class citizen with a mysterious past, reviled by her stepmother and blamed for her stepsister’s illness. But when her life becomes intertwined with the handsome Prince Kai’s, she suddenly finds herself at the center of an intergalactic struggle, and a forbidden attraction. Caught between duty and freedom, loyalty and betrayal, she must uncover secrets about her past in order to protect her world’s future.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Robert K. Massie. Banyak tulis tentang pemerintah Russia.

Jeffrey Archer
David Baldacci
Lee Child
Ken Follett - World Without End
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.085967 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list