Tolonglah bertanggungjawab sikit, jangan sebarkan berita palsu lagi
KUCHING: Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang dapat mencetuskan keadaan panik.
Beliau menangkis berita yang tersebar melalui WhatsApp yang menyatakan bahawa varian Delta telah merebak seperti api tanpa kawalan melalui stesen minyak.
“Selepas 18 bulan dengan virus Covid-19 berubah dan bermutasi, kita tertekan dari segi psikologi,” jelasnya.
“Banyak yang berdepan masalah dari segi sosial, kewangan, dan kehilangan nyawa,’ katanya.
Bagaimanapun, tegasnya, satu perkara yang belum berubah ialah penyebaran berita palsu. Kita tak perlukan berita palsu disebarkan kerana ia mencetuskan keadaan panik yang tak perlu,” katanya melalui satu kenyataan di Facebooknya.
Dr Sim menjelaskan,m orang ramai perlu bertenang, dan berganding bahu membantu satu sama lain, dan memainkan peranan mereka dalam memerangi pandemik Covid-19.
“Tolonglah bertanggungjawab. Ini bukannya masa untuk bermain politik. Mari kita tumpukan perhatian kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kehidupan pada waktu yang amat mencabar ini,” katanya lagi.
sarawakvoice.com/2021/08/02
|