Edited by Vellfire at 3-8-2021 02:37 PM
Fasa tiga di Zon Selatan Sarawak ditangguhkan
KUCHING: Fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Zon Selatan Sarawak ditangguhkan sehingga sehingga penularan kes-kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan yang lebih memuaskan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan zon tersebut meliputi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu. Jelas JPBN, penangguhan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.
“Kerajaan Sarawak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri kerana yakin dengan usaha yang diambil selama ini dengan memberi pengiktirafan bahawa Sarawak boleh beralih ke Fasa tiga PPN mulai Rabu, 4 Ogos
2021.
“Sarawak menyambut baik pengumuman ini dan akan melaksanakannya sebaik saja Garis
Panduan (SOP) yang dicadangkan dipersetujui oleh JPBN. Oleh itu, Garis Panduan (SOP) sedia ada masih berkuatkuasa,” kata jawatankuasa tersebut.
|