Madrid: Real Madrid kini dalam proses mengecilkan saiz skuad mereka menjelang musim baharu dengan salah seorang yang pemain yang menjadi tumpuan ialah Take Kubo.
Bintang muda Jepun berusia 20 tahun itu menarik minat kelab sekitar Eropah selain kelab La Liga, Santander dan Real Sociedad selepas tampil cemerlang bersama skuad Jepun di Sukan Olimpik Tokyo.
Mallorca turut berminat dengan pemain tengah itu dan bekas kelabnya tampak pilihan utama destinasi Kubo selepas ini. Dia menampilkan prestasi memberangsangkan ketika dipinjamkan ke kelab itu pada musim 2019/20 dan beraksi dalam 35 perlawanan dan meledak empat gol.
Real Madrid pula dikatakan lebih berminat menghantarnya ke Real Sociedad bagi memberinya peluang terbaik untuk meningkatkan prestasi sebelum boleh beraksi di Liga Europa musim depan.
Masalah kewangan menyebabkan Madrid perlu melepaskan beberapa pemain seperti Dani Ceballos, Odegaard dan Isco ketika jendela perpindahan lalu.