Kisah Sybil Kathigasu Disiksa Tentera Jepun Di Papan, Perak
Sybil Kathigasu dilahirkan dengan nama Sybil Medan Daly pada tarikh 3 September 1899 di Medan, Indonesia. Beliau adalah anak kepada Joseph Daly yang merupakan bapanya dan beliau adalah seorang peladang berketurunan Ireland-Serani manakala ibunya pula bernama Beatrice Matilda Daly nee Martin dan merupakan seorang bidan berketurunan Perancis-Serani.
Nama tengah beliau iaitu Medan diberi sempena mengingati bandar kelahiran beliau iaitu Medan, Indonesia. Walaupun dilahirkan di Indonesia, Sybil Kathigasu membesar dan berkeluarga di Tanah Melayu yang kini negara kita dikenali dengan nama Malaysia. Lokasinya paling lama menetap sudah tentu di negeri Perak.
Sybil Kathigasu mendapat latihan sebagai jururawat dan bidan di Singapura sewaktu berusia 21 tahun. Kemudian pada tarikh 7 Januari 1919, beliau berkahwin dengan Dr Abdon Clement Kathigasu yang mana suaminya adalah seorang doktor berketurunan India yang lahir di Taiping, Perak dari suku bangsa Tamil Ceylon (kini suku Tamil Sri Lanka) di Gereja St John yang terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Sejak itu, mereka berdua pasangan suami isteri mengendalikan sebuah klinik di Brewster Road (sekarang dikenali dengan nama Jalan Sultan Idris Shah) yang terletak di Ipoh, Perak selama 15 tahun. Kebolehan beliau bertutur bahasa kantonis adalah amat baik dan Sybil Kathigasu juga seorang Katolik dan vegetarian.
Hendak dijadikan cerita, sewaktu Tanah Melayu dijajah oleh Jepun pada tahun 1942, Sybil Kathigasu sekeluarga pergi bersembunyi dengan terus berpindah ke Pekan Papan, Perak. Lokasi Pekan Papan terletak kira-kira 20 km di barat bandar Ipoh dan pekan tersebut terdapat ramai masyarakat cina yang bekerja sebagai pelombong dan peniaga.
Tentera Jepun cukup gemar memburu masyarakat cina dan membunuh mereka kerana dendam yang berpanjangan sejak sejarah panjang di negara China dengan Jepun dahulu. Jadi, orang-orang cina yang ditangkap telah dikerah untuk membina jambatan dan landasan keretapi di sempadan Thailand dengan Myanmar.
Pada waktu itu sepertimana yang kita tahu, Tentera Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) memberi tentangan yang sangat hebat terhadap kemaraan tentera di Jepun di Sungai Siput, Tanjung Malim, Slim River, Papan, Pusing, Gopeng dan banyak lokasi lain di serata negeri Perak.
Oleh yang demikian, terdapat banyak tentera yang memerlukan bantuan perubatan akibat daripada pertempuran dengan tentera Jepun. Sybil Kathigasu dengan suaminya Dr Abdon Clement Kathigasu tidak terkecuali dalam membantu dalam memberi rawatan kepada pihak Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).
Sampai satu tahap yang mana Sybil Kathigasu dengan suaminya membuka klinik secara rahsia di bawah tanah melalui rumah kedai mereka di Pekan Papan, Perak. Maka ramailah tentera Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang cedera dibawa ke klinik mereka untuk mendapatkan rawatan.
Sewaktu peperangan tercetus dengan tentera Jepun, dianggarkan terdapat kira-kira 6,000 pejuang gerila Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang menentang tentera Jepun. Dalam masa yang sama, bangunan Sekolah St Michael telah dijadikan ibu pejabat polis dan tentera pihak Jepun. Pada zaman itu juga terdapat ramai pemimpin berbangsa cina yang telah dipancung kepala tanpa bicara.
Malang sekali pada satu hari, Sybil Kathigasu dengan suaminya ditakdirkan ditangkap dengan tentera Jepun. Mereka berdua telah diseksa untuk membocorkan maklumat Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) apabila kegiatan mereka membantu gerila anti Jepun dari segi perubatan telah terbongkar.
Pihak Jepun yang pada masa itu tidak tahu Sybil Kathigasu boleh berbahasa kantonis kerana beliau dianggap sebagai orang luar. Walaupun begitu, Sybil Kathigasu tetap disiksa dengan dicabut kukunya dan kemudian ditusuk jarum sehingga tembus dari bawah jari sehingga keluar ke kawasan kuku yang telah dicabut.
Tidak cukup dengan itu, kekejaman tentera Jepun tidak terhenti kerana Sybil Kathigasu diam seribu bahasa dan langsung tidak membocorkan sebarang maklumat. Kakinya dilecurkan dengan besi panas, badannya dipukul dengan batang buluh serta disiksa lemas dengan air separuh mati.
Akibat daripada siksaan oleh tentera Jepun, Sybil Kathigasu alami rosak tulang belakang, patah tulang belulang anggota badan dan patah rahang mukanya. Selepas disiksa dan tidak dapat apa-apa maklumat dari Sybil Kathigasu, beliau terus diletakkan ke penjara Batu Gajah pada tahun 1943.
Nasib menyebelahi beliau kerana Sybil Kathigasu terselamat dari perang dan berakhir pada Ogos 1945.
Selepas tiga minggu peperangan berakhir, Kapten David dari tentera British datang ke Tanah Melayu pergi mencari Sybil Kathigasu di Penjara Batu Gajah. Sybil Kathigasu akhirnya dibebaskan dan dibawa semula ke Papan dan kemudian beliau terus dihantar segera ke England dengan kapal terbang untuk menerima rawatan lanjut.
Beliau akhirnya meninggal dunia pada ketika usia 49 tahun pada tarikh 4 Jun 1948 di Hospital Lanark, Scotland akibat daripada sakit yang disebabkan oleh luka lama pada rahang dan banyak faktor lain akibat daripada siksaan yang diterimanya.
Glasgow City Medical Center telah melakukan bedah siasat terhadap mayat Sybil Kathigasu dan didapati bahawa organ-organ dalamannya rosak teruk. Jenazah Sybil Kathigasu akhirnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Lanark di Scotland.
Pada tahun 1949, jenazah Sybil Kathigasu dibawa kembali ke Ipoh dan beliau akhirnya telah disemadikan di tanah perkuburan Roman Katolik yang terletak bersebelahan dengan Gereja St. Michael dan bertentangan dengan Main Convent of the Holy Infant Jesus (kini dikenali dengan nama SMK Convent) di Brewster Road (kini Jalan Sultan Idris Shah), Ipoh.
Keberanian dan kecekalan beliau dalam tidak membocorkan maklumat serta rahsia Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) tiada tandingnya. Beliau sanggup menerima siksaan dan langsung tidak membocorkan maklumat walaupun disiksa hampir separuh mati.
Sumber orang perak freddie
#PeristiwaNSejarah
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 12-8-2021 11:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Watched the movie before. Memang menakutkan kalau cuba meletakkan diri di zaman tu. Tak dapat imagine the cruelty she had experienced and tak sangka pula Elaine Daly yg bawak watak tu blood related. Should be grateful for living in a country yang dah aman takde perang semua. Can’t imagine kita dengan anak2 nak lari mana kalau perang2 ni? Sedih.
Post time 13-8-2021 12:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by AnnaSendin at 13-8-2021 12:50 AM
Takziah kepada keluarga mendiang Sybil. Inilah pejuang negara menentang nipon pendek, gila seks, hangsuang, bagero. Nipon nieyh cuba uols tanya pasal kehangsuangan moyang deols yang jadi askar. Haruslah sampai ke sudah tak mengaku, nak hebat2 ajer citer bangsa deols.
Ah British nieyh. Dah kecut, lari tinggalkan Malaya. Terkontang kanting Leftenan Adnan dan rakan2 berjuang. Nipon keluar, baru hegeh2 datang balik. Sepatutnya Malaya dah merdeka waktu tu.
Post time 13-8-2021 08:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by crossline at 13-8-2021 08:24 AM
Owh, British lari eh? Bukan British dihentam dulu oleh jepun ke? I pernah terbaca 1 citer kat berita harian duluuuu...ada ppuan melayu ni dia kawen dgn tentera British, bila Jepun datang terus suami dia kena bunuh, tembak di kepala depan mata isteri tu.. Kesian.. Nape ntah meols masih ingat, sebab dorg suami isteri hensem & lawa kot. Ada gambar dorg dalam artikel tu.