View: 3063|Reply: 7
|
Wanita tidak tertarik dengan lelaki miliki ramai sahabat perempuan
[Copy link]
|
|
Lelaki yang memiliki ramai rakan wanita menjadikan dia kelihatan seperti mempunyai banyak pilihan teman wanita. – Shutterstock
Wanita tidak tertarik dengan lelaki miliki ramai sahabat perempuan
VICTORIA, AUSTRALIA – Satu kajian mendapati lelaki yang mempunyai ramai kenalan wanita dilihat kurang menarik bagi kebanyakan wanita lain, lapor portal berita MailOnline semalam.
Ini kerana keadaan itu akan menjadikan seseorang lelaki tersebut kelihatan seperti mempunyai banyak pilihan teman wanita.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Monash itu mendedahkan, situasi itu seterusnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wanita bahawa golongan tersebut berkemungkinan sukar untuk dihampiri dan 40 peratus kurang menarik.
Selain itu, lelaki yang sering dilihat mempunyai ramai rakan wanita turut dianggap kurang mempunyai rasa rendah diri.
“Seorang lelaki yang memberitahu bahawa dia mempunyai ramai rakan wanita dianggap sombong.
“Selain itu, lelaki yang mendakwa bahawa dia mempunyai bilangan rakan wanita yang ramai turut dianggap seperti melebih-lebihkan cerita.
“Ini seterusya membawa kepada syak wasangka dan rasa tidak percaya,” kata penyelidik kajian tersebut, Dr. Ryan Anderson.
Dalam pada itu, kajian sama turut mendapati, wanita yang mempunyai ramai rakan lelaki dilihat kurang menarik pada mata lelaki.
Selain itu, meskipun mempunyai rakan berlainan jantina dianggap sebagai satu faktor yang mengurangkan daya tarikan seseorang, penyelidik mendapati perkara sama turut berlaku jika individu memiliki rakan yang terlalu sedikit.
Wanita yang mempunyai bilangan rakan lelaki yang amat sedikit dianggap tujuh peratus kurang menarik dalam kalangan lelaki. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
yeke hmm
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab salah sorang tu mesti ada yg akan jadi racun |
|
|
|
|
|
|
|
Asben aku ramai oo kwn perempuan masa dia bujang.
Sama la mcm aku ramai kwn lelaki berbanding perempuan.
Tapi pas kawin dua2 sedo diri ada tggjwb masing2.
Kwn2 aku jd kawan2 dia begitu gak sebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
Well, will a man be comfortable with me having a lot of guy friends??? Most will not accept, so why should I accept??? |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki juga tidak tertarik dgn wanita yg mempunyai ramai teman lelaki...i think this goes both ways... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|