View: 2051|Reply: 1
|
[Johor]
Sumbang 75 tablet untuk pelajar ikuti PdPR
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Yayasan Raja Zarith Sofiah (YRZS) dan Forest City menyumbang 75 unit tablet kepada 15 sekolah sekitar daerah ini dan Pontian untuk pelajar yang memerlukan, kelmarin.
Ketua Pegawai Eksekutif YRZS Hishamuddin Abdul Rahim berkata, setiap sekolah akan diperuntukkan lima unit tablet untuk membantu pelajar mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Sumbangan itu untuk membantu pelajar sekolah terbabit yang berdepan masalah ketiadaan peranti.
"Ia juga diharap akan dapat membantu lebih ramai pelajar untuk mengikuti sesi PdPR yang kini menjadi kebiasaan baru pada ketika ini," katanya dalam kenyataan, di sini.
Sesi penyerahan tablet diadakan bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, semalam.
Sekolah yang menerima sumbangan peranti itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Pendas, SK Tiram Duku, SK Tanjong Adang, SK Morni Pok, SK Tanjung Kupang dan SK Pendas Laut.
Turut menerima sumbangan adalah SK Sungai Durian SK Serkat, SK Nong Chik, SK Kota Masai 2, SK Bandar Sri Alam 1, SK Cahaya Baru dan SK Pasir Gudang 2.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Adang dan SMK Sri Rahmat juga menerima sumbangan sama.
Katanya, pihaknya berterima kasih kepada Forest City atas sumbangan tablet itu dan sentiasa komited untuk membantu golongan memerlukan dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebanyak 75 unit tablet disumbangkan kepada 15 sekolah sekitar daerah ini dan Pontian oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan Forest City, kelmarin. FOTO IHSAN FB THE ROYAL JOHOR |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|