|
Mei Kuan umum persaraan
MEI Kuan (kanan) ketika beraksi bersama Meng Yean di Sukan Olimpik Tokyo.
Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini mengambil keputusan mengejut bersara daripada sukan badminton. Dia yang bergandingan bersama Lee Meng Yean menghantar surat meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
"Kami menerima surat perletakan jawatan pemain beregu wanita, Chow Mei Kuan yang akan efektif pada 15 September depan," kata badan induk itu dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas BAM, walaupun ada usaha untuk memujuk pemain berusia 26 tahun itu, namun Mei Kuan kekal dengan keputusan untuk menggantung raket.
"Semua orang di BAM mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan Mei Kuan kepada skuad kebangsaan dan berharap yang terbaik untuknya di masa depan," kata BAM.
Mei Kuan-Meng Yean berjaya layak ke Olimpik buat kali pertama di Tokyo namun mereka gagal melepasi peringkat kumpulan.
Mei Kuan pernah meraih emas di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ketika bergandingan bersama Vivian Hoo dalam acara beregu wanita.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|