View: 3194|Reply: 16
|
[SEJARAH]
Seni Tekat Benang Emas Warisan Negeri Perak
[Copy link]
|
|
Seni Tekat Benang Emas Warisan Negeri Perak
Seni tekat yang juga dikenali dengan nama bersujia amat popular dalam pembuatan untuk kegunaan dalam pakaian buat Sultan Perak pada satu ketika dahulu.
Asal perkataan tekat membawa makna perkataan untuk kata kerja yang membawa maksud membuat kerja-kerja menyulam benang ke atas kain dasar. Dalam seni tekat sulaman yang merupakan warisan negeri Perak ini, benang yang digunakan adalah benang emas dan kain dasar yang digunakan adalah kain jenis baldu.
Seperti yang anda maklum, kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu dan juga mempulur sebagai acuan motif serta benang emas untuk membentuk bunga tekat.
Inilah keunikan yang membuatkan ianya lain daripada seni tekat yang lain. Seni tekat kebiasaannya adalah hasil dari kerja tangan wanita yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan dikatakan untuk menyiapkan satu hasil seni tekat yang lengkap, ia mengambil masa yang agak lama.
Asal-usul seni tekat ini selalu dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan sejak pada awal kurun ke 15 lagi, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka.
Kesan penggunaan sulaman ini dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Anda masih lagi boleh lihat hari ini pada pakaian mereka yang dikenakan sulaman tekat.
Dalam sejarah Perak, seni tekat diangkat sebagai pakaian rasmi buat Sultan Abdullah Muhammad Shah II yang merupakan Sultan Perak ke 26. Pada mulanya, pakaian hasil dari seni tekat ini dilarang penggunaannya sama sekali untuk rakyat biasa walaupun mempunyai gelaran orang-orang kaya serta hartawan sekalipun kecuali atas kurnia dan perkenan Sultan sahaja. Kemahiran dalam seni untuk membuat tekat juga dimonopoli oleh golongan diraja sahaja pada waktu itu.
Raja Nuteh Aishah permaisuri kepada Sultan Idris I yang merupakan Sultan Perak ke 28 iaitu Raja Nuteh Aishah dan juga merupakan anakanda puteri kepada Sultan Yusuf Sharifuddin (Sultan Perak ke 27) adalah seorang tukang tekat yang begitu mahir sehinggakan hasil tekatan baginda sering kali dipersembahkan sebagai hadiah dan kegunaan baginda Sultan Idris I sendiri dan juga kerabat lain.
Kebiasannya, hasil tekatan Raja Nuteh Aishah yang amat berharga akan digunakan pada waktu dan majlis yang tertentu dan istimewa sahaja. Antaranya adalah seperti istiadat perkahwinan kerabat diraja, istiadat pertunangan kerabat diraja, untuk majlis dalam khatam Al-Quran, berkhatan dan bertindik.
Sudah menjadi lumrah pada waktu itu, kawasan yang terkenal dengan seni tekat ini adalah Bandar Diraja Kuala Kangsar, Sayong, Kota Lama dan Kota Lama Kiri (yang kini dikenali dengan nama Kampung Belanja dan Kampung Sadong).
Sumber orangperak
#PeristiwaNSejarah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nenek aku, dia buat tepak sirih dgn kipas pengantin zaman dulu2 punya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pernah jugak nampak dia buat utk bantal tangan pengantin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bertuah betul yang ada kemahiran dan punya kesenian ni. Boleh wariskan pada anak cucu. Seni ni dahlaa kian hilang ditelan zaman. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok tekat benang emas pada kain baldu kuning
|
|
|
|
|
|
|
|
Matchamana replied at 18-8-2021 12:36 AM
Untung betul sape yg pandai seni ni... Seni rare ni...
Aku reti tekat.. tp leceh lamaaa sgt kena tumpu |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu kat tv tahun 80-an tu ada siarkn klip pendek pasal tekat benang emas ni pada petang2 hari. Masih ingat tu sebab tunggu siaran kartun lepas tu.
Selain kraf ni, klip buat gendang dari kulit kambing, buat lamp shade dari kulit kerang, buat kraf dari tempurung kelapa pun ada. Ni kira zaman kartun sang kancil dan sang buaya la.
Baru korang tauu betapa kertu nya hakak nihh |
|
|
|
|
|
|
|
Meols suka sgt tgk tekat emas ni, cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tertarik betul tengok seni tekat ni..teringin je nak belajar kalau ada kesempatan dan peluang |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah ada simpan ni, kipas.. cadar, bantal.. ini harta x ternilai warisan opah |
|
|
|
|
|
|
|
tepak sirih pun ada, klu cadarnya.. lembut.. kain red velvet tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kata tok wan kaka zaman dedulu wajib ni sebagai alat bersanding. Kipas pengantin, alas tangan penagtin, tempat letak kaki pengantin, cadar, sarung bantal waima sebagai hiasan kelambu pun ia juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Org dulu2 kalau kawin mesti cadar, bantal kat tilam ada tekat ni kat kain baldu.. sekarang susah nak jumpa tekat2 ni.. kalau ada pun mesti mahal kan |
|
|
|
|
|
|
|
Mina2215 replied at 18-8-2021 08:38 AM
Zaman dulu kat tv tahun 80-an tu ada siarkn klip pendek pasal tekat benang emas ni pada petang2 hari ...
hihihi..sama kertu agaknya kita..yg i ingat, ada dokumentari buat gula kabung (gula tu buat dari nira kelapa,pastu letak dlm bekas buluh)..ada sorang pakcik ni gi panjat pokok kelapa..bini dia kot yg proses buat gula tu..dah meninggal agaknya diorg pun..pastu dokumentari keropok keping..ada sorang acik goreng kopok utk family..hihi..kalu dpt tgk balik, mcm best gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa zaman kanak2, kat tv selalu tayang dokumentari warisan negara. ada pembuatan kraf dari benang tekad, gasing, wau, wayang kulit dll la. jadi budak pada zaman dulu2 ,banyak juga dapat ilmu dgn tgk tv jer.. walau rasa tak menarik mula2 tu tapi tetap juga tgk sbb tv tak banyak saluran macam sekarang... hihihi.. budak2 skrg tgk youtube jer. bosan jer klik yg lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|