View: 809|Reply: 1
|
Kemenangan penuh emosi Jakobsen
[Copy link]
|
|
Molina de Aragon, Sepanyol: Fabio Jakobsen memenangi peringkat pertamanya di jelajah utama sejak kemalangan tragis tahun lalu dengan menguasai saingan pecut peringkat empat di Vuelta a Espana.
Pelumba Belanda berusia 24 tahun itu mengatasi Arnaud Demare dan Magnus Cort untuk melakar kemenangan penuh emosi di Molina de Aragon.
Jakobsen mengalami kecederaan teruk di kepala pada Jelajah Poland 2020 ketika kemalangan yang turut membabitkan pelumba Jumbo-Visma, Dylan Groenewegen.
"Ia impian jadi kenyataan buat saya," kata Jakobsen yang mewakili pasukan Deceuninck-Quick-Step.
"Selepas kemalangan itu saya mengambil masa agak lama untuk kembali, tetapi saya gembira untuk berada di sini dan berpuas hati diatas usaha yang saya lakukan selama ini.
"Saya dibantu dengan ramai orang dan ini juga kemenangan buat mereka. Doktor, pakar bedah dan staf perubatan, pasukan saya, ini juga kemenangan bersama mereka.
"Ini juga kemenangan buat keluarga saya. Mereka adalah sebabnya saya berada di sini."
Jakobsen dipantau dalam keadaan tidak sedar selepas kemalangan dan menjalani pembedahan pembentukan semula wajah selama beberapa bulan.
Dia kembali berlumba pada April dan melakar kemenangan pertama sejak kemalangan itu.
Jakobsen memenangi peringkat kedua La Vuelta pada 2019.
Kemenangan pada peringkat keempat tahun ini turut menyaksikan dia merampas jersi hijau.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jakobsen meraikan kejayaan melintasi garisan penamat peringkat empat La Vuelta membabitkan perlumbaan sejauh 163.9km dari El Burgo de Osma ke Molina de Aragon. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|