View: 727|Reply: 1
|
Siti tekad tebus duka di Rio
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Saya harap mungkin kali ini ada rezeki dan peluang saya raih pingat."
Demikian tekad atlet olahraga paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin yang berharap dapat menebus kehampaan lima tahun lalu di Rio pada Sukan Paralimpik Tokyo bermula 24 Ogos ini.
Meskipun sudah lama berlalu, Siti masih merasai kekecewaan terlepas meraih pingat gangsa dalam acara final 400 meter T20 apabila hanya tewas sedikit di garisan penamat berbanding pelari dari Poland.
"Kadang-kadang memang masih teringat, kadang-kadang dapat lupakannya. Apapun ia masih bukan rezeki saya dan saya tak mahu menindakkan ketentuan Allah. Kali ini saya berusaha dan berlatih sebaik mungkin.
''Saya yakin perancangan Allah lebih baik. Insya-Allah jika saya dapat perbaiki masa, ada peluang untuk saya raih pingat pada kali ini," katanya yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.
Semangat Siti nyata masih kuat apabila dua tahun selepas itu, dia menghadiahkan emas pertama untuk kontinjen negara pada Sukan Paralimpik Asia 2018.
"Saya sangat bersyukur kerana dapat beraksi kali kedua di Paralimpik Tokyo selepas hampir dua tahun tidak sertai mana-mana kejohanan. Jurulatih, suami dan anak sebenarnya adalah kekuatan saya untuk teruskan perjuangan ini. Harap saya dapat buktikan sesuatu pada Paralimpik Tokyo kali ini," katanya.
Catatan terbaik atlet berasal dari Johor itu masih lagi ketika dilakukan pada final di Rio iaitu 58.55 saat.
HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SITI raih emas di Sukan Paralimpik Asia 2018. |
|
|
|
|
|
|
| |
|