View: 717|Reply: 1
|
Kenyataan Gastak tak mewakili semua persatuan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kenyataan Gabungan Sepaktraw Kelantan (Gastak) yang mendakwa Pesuruhjaya Sukan (PJS) lambat meluluskan penubuhan Gabungan Sepaktakraw Malaysia (GSM) tidak mewakili keseluruhan persatuan sepak takraw lain.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pestap) yang mewakili Gabungan 11 (G11) Datuk Seri Khairudin Samad berkata, persatuan sepak takraw lain tidak berhadapan sebarang masalah selain menghargai usaha PJS yang komited membantu dalam menyelesaikan kemelut dalam sukan berkenaan.
Beliau berkata, ketika ini tiada sebarang penubuhan persatuan sepak takraw baharu malah GSM juga sudah berkubur dan tidak akan ditubuhkan seperti diperkata pihak tertentu.
"GSM sudah berkubur dengan kami sudah sebulat suara akan terus bekerjasama dengan Persatuan Sepaktraw Malaysia (PSM) dan PJS untuk menyelesaikan isu persatuan terbabit secepat mungkin.
"Kenyataan yang dikeluarkan Gastak tidak mewakili semua persatuan sepak takraw lain dan turut terkejut mereka boleh berbuat demikian ketika kami bertungkus lumus mahu membina kembali PSM.
"Saya dan beberapa persatuan lain sudah menarik diri untuk Gastak mewakili G11 dalam apa jua kenyataan selepas ini," katanya pada sidang media secara maya, semalam.
Terdahulu, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga Naib Presiden Gastak, Datuk Seri Zolkples Embong meluahkan rasa kecewa dengan tindakan PJS yang belum lagi meluluskan penubuhan PSM baharu walaupun semua dokumen diperlukan sudah dipenuhi dan diserahkan kepada PJS.
Namun, PJS dalam kenyataan balasnya memaklumkan bahawa cadangan penubuhan persatuan sepaktakraw baharu oleh kumpulan G11 yang dikenali sebagai GSM bagi menggantikan PSM tidak berbangkit dan tidak akan diteruskan.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DATUK Seri Khairudin Samad. FOTO Ihsan BAM |
|
|
|
|
|
|
| |
|