CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1144|Reply: 6

Sea Keong jual kopi tepi jalan

[Copy link]
Post time 19-8-2021 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Menjual kopi latte di tepi jalan demi kelangsungan hidup, itu nasib dialami pelumba basikal profesional negara, Loh Sea Keong susulan penularan wabak pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan ramai orang di seluruh dunia.

Sea Keong, 35, sudah menetap di Chiang Rai, bandar terletak 800km ke utara Bangkok, lebih empat tahun, berkahwin dengan wanita tempatan dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Namun disebabkan wabak Covid-19, dia yang mewakili pasukan bertaraf benua Thailand Continental Cycling sejak 2017, tidak dapat bertanding hampir 22 bulan dengan perlumbaan terakhirnya adalah Jelajah Semenanjung di Malaysia pada Oktober 2019.

"Sebelum ini saya ada buat pakej pelancongan berbasikal di utara Thailand tapi disebabkan Covid, bisnes pelancongan terjejas malah tiada pelanggan langsung.

"Pada awalnya, saya ingatkan Covid ini boleh pulih kembali dalam masa enam bulan atau setahun, jadi masa itu saya tetap menjalani latihan sepenuh masa dan tidak mencari jalan keluar.

"Tapi pada Februari tahun ini, saya lihat masa depan dalam tempoh terdekat agak susah dan Covid ini mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk pulih. Jadi saya terpaksa mencari jalan keluar untuk mencari sesuap nasi.

"Itulah permulaan saya menjual kopi latte di tepi jalan di belakang sebuah hospital di bandar Chiang Rai, kira-kira 5km dari rumah saya," kata Sea Keong yang mendedahkan dia tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada pasukannya ketika ini.

Pelumba itu menyatakan selain mendapatkan bekalan kopi daripada seorang rakan karib yang mempunyai ladang di kawasan pergunungan, dia turut membeli susu lembu segar di kilang susu berdekatan kampungnya.


SEA Keong berehat sebentar minum kopi latte ketika menjalani latihan berkayuh di kawasan pergunungan. FOTO Facebook Sea Keong Loh

Sea Keong berkata, kebanyakan pelanggan warung kopinya adalah warga tempatan yang bekerja di hospital berdekatan dan dia menjual kopi latte panas dengan harga 30 baht (RM3.80) secawan manakala kopi latte ais 35 baht (RM4.40).

Bagaimanapun dia turut menjual pelbagai jenis kopi. Pelumba itu menyatakan isterinya turut menjalankan perniagaan kafe dan hostel tetapi disebabkan penularan wabak Covid-19, perniagaannya tidak begitu menggalakkan.

"Waktu Covid ini memang susah sikit. Tapi macam orang kampung saya cakap 'samah seriya, pitih jugok tu' (lima puluh sen, seringgit, duit juga)," katanya yang menegaskan dia lebih suka bekerja sendiri daripada bekerja dengan orang lain.

"Banyak atau sikit itu terpulang kepada rezeki."

Berkelana ke luar negara sejak 2005 ketika berusia 19 tahun untuk memenuhi impiannya menjadi pelumba basikal profesional, Sea Keong yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan, muncul pelumba pertama negara menjuarai Jelajah Malaysia pada 2013, sekalipun ketika itu dia mewakili pasukan benua OCBC Singapore Continental Cycling.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 08:17 PM | Show all posts

SEA Keong (kiri) bersama anaknya di warung kopi latte. FOTO Facebook Sea Keong Loh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Moka pottt.. Tapi yg dia punya jenama mahai.. Yg dia pegang tu adalah rainbow collection x salah.. Utk 1 cup harga dlm rm159 moka pot tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 09:09 PM | Show all posts
'samah seriya, pitih jugok tu' (lima puluh sen, seringgit, duit juga),"

bahasa apa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 09:18 PM | Show all posts
Paiya replied at 19-8-2021 09:09 PM
'samah seriya, pitih jugok tu' (lima puluh sen, seringgit, duit juga),"

bahasa apa tu?

kelantan..dia asal kuala krai
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 09:40 PM | Show all posts

.... bagus ..... samah seriya ... janji halal dan dari titk ipeluh sendiri ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2021 01:15 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 19-8-2021 09:18 PM
kelantan..dia asal kuala krai

tq tt
kiranya dia ni tak lupa asal usul....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063210 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list