CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 1

Paralimpik Tokyo: Kes pertama Covid-19 dikesan di perkampungan atlet

[Copy link]
Post time 19-8-2021 09:00 PM | Show all posts |Read mode
ANKARA - Kes pertama Covid-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.

Jangkitan dikesan terhadap seorang pegawai sukan warga asing, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News.

Jawatankuasa penganjur turut mengesahkan hal berkenaan tetapi enggan memberi butiran lanjut.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dijadual bermula Selasa depan.

Sebanyak 22 acara akan dipertandingkan termasuk badminton serta Taekwondo yang bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan tersebut.

Hampir 4,400 atlet dari 160 pasukan dijadual menyertai kejohanan Paralimpik musim panas kali ini.

Kyodo News melaporkan kejohanan itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton sama seperti Olimpik Tokyo yang berakhir awal bulan ini, berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 di bandar-bandar di Jepun, termasuk Tokyo. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -perkampungan-atlet
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 09:02 PM | Show all posts

Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045902 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list