CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 759|Reply: 0

[Kedah] 'Kepala air disebabkan intensiti hujan yang tinggi' - MetMalaysia

[Copy link]
Post time 19-8-2021 10:27 PM | Show all posts |Read mode
'Kepala air disebabkan intensiti hujan yang tinggi' - MetMalaysiaOleh BERNAMA - Ogos 19, 2021 @ 8:18pm





KUALA LUMPUR: Fenomena kepala air yang berlaku di daerah Yan, Kedah semalam, antaranya disebabkan hujan dengan kadar atau intensiti tinggi di hulu sungai serta kawasan tanah tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah, yang akhirnya menyebabkan limpahan.

Jelasnya, kejadian hujan lebat dan ribut petir yang berlaku di beberapa daerah di negeri Kedah termasuk Yan semalam, adalah berikutan daripada penerimaan tiupan angin dari arah barat laut yang membawa kelembapan tinggi dari Laut Andaman.
"Ini menyumbang kepada pembentukan awan aktif di kawasan berkenaan," katanya.

Beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di sekitar Gunung Jerai dilanda banjir dipercayai akibat kejadian fenomena kepala air petang semalam dan telah meragut empat nyawa.
Sementara itu, Muhammad Helmi berkata corak cuaca lembap dan hujan lebat di negara ini dijangka berterusan sepanjang minggu ini.
Beliau berkata Malaysia sedang berada dalam tempoh Monsun Barat Daya yang telah bermula 19 Mei lalu dan dijangka berakhir pada minggu kedua atau ketiga September ini.

"Dalam tempoh ini, lazimnya keadaan atmosfera di rantau negara adalah stabil dengan kelembapan yang rendah, menyebabkan kurang pembentukan awan hujan dan menyumbang kepada taburan hujan rendah.
"Namun, adalah biasa untuk negara mengalami keadaan tempoh monsun melemah," katanya.

Katanya keadaan itu berlaku apabila terdapat perubahan tiupan arah angin memasuki rantau negara, yang seterusnya menggalakkan pembentukan awan aktif dan menyebabkan keadaan cuaca yang lembap.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada sehingga esok, melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah; daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Manjung di Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050455 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list