|
PADAWAN:Seorang pesara kerugian RM 39,000 selepas terpedaya dengan sindiket macau scam Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong, ketika berada dikediamannya di Jalan Penrissen,jam 9.15 pagi,sindiket menghubungi nombor telefon rumah mangsa memperkenalkan diri sebagai Mr. Lee dari Bahagian Polis Mahkamah mengatakan anak mangsa telah ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan jenayah dadah。
Menurutnya,Bbagi melepaskan anaknya dan menyelesaikan kes tersebut,mangsa telah diarahkan membuat pembayaran wang sejumlah RM30,000 ke satu akaun Maybank atas nama sebuah syarikat.
"Kemudian mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM9,000 dibayar ke akaun yang sama.
"Mangsa turut diarahkan untuk memusnahkan resit bukti bayaran sementara menunggu anak mangsa dibebaskan,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,setelah membuat semua pembayaran tersebut barulah mangsa terlintas untuk menghubungi anaknya untuk bertanya keadaan anaknya.
"Mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu hadir ke balai polis untuk membuat laporan,"ujarnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|