View: 654|Reply: 1
|
Naomi tetap tenang biarpun tersingkir di Cincinnati Masters
[Copy link]
|
|
Cincinnati: Naomi Osaka tidak kecewa biarpun tewas pada pusingan ketiga di ATP dan WTA Cincinnati Masters kepada pemain wild card dari Switzerland Jil Teichmann.
Juara empat kali Grand Slam tewas 3-6, 6-3, 6-3 kepada pemain ke-76 dunia dan mengakui kekalahan pada pusingan ketiga di Olimpik Tokyo masih mengganggu pemikirannya.
"Saya melakukan segala yang perlu saya lakukan," kata pemain nombor dua dunia itu. "Pada set kedua dan ketiga saya terlalu bertahan.
"Saya banyak belajar dari perlawanan ini - Saya boleh tidur malam."
Naomi tewas kepada lawan yang bergelut dengan beberapa kecederaan musim ini namun kini sudah kembali sihat.
"Saya tahu tahap keadaan saya ini dan saya dapat mempamerkannya di dalam gelanggang," kata Jil. "Minggu ini semua berjalan lancar. Saya perlu bersabar dan dan inilah saya."
Naomi tetap merendah diri sepanjang sesi media selepas perlawanan berkata, dia sangat takut menjawab soalan dan sangat tenang menerima kekalahan ketika dalam persediaan terakhirnya menghadapi Terbuka AS yang akan bermula 30 Ogos ini.
"Saya mempunyai harapan yang tinggi terhadap diri saya tapi tidak ada lagi yang dapat saya lakukan untuk memenangi perlawanan ini," kata Naomi.
"Saya sebenarnya gembira saya tewas dan ia membuatkan saya perlu melakukan banyak perkara untuk memantapkan lagi permainan saya.
"Saya hanya berharap kemenangan akan datang di Terbuka AS."
Namun Naomi berkata, satu-satu yang membuatkan dia rasa kecewa adalah kerana tidak memenangi hadiah wang kemenangan AS$24,200 (RM102,535) untuk disumbangkan kepada pemulihan gempa bumi di Haiti, tanah air ayahnya.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NAOMI tenang terima kekalahan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|