CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1768|Reply: 5

[Kelantan] [KELANTAN] Pinjam ketuhar, mesin pengadun jiran jana pendapatan

[Copy link]
Post time 21-8-2021 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Sepasang suami isteri nekad mengetepikan rasa malu dengan meminjam ketuhar serta pengadun daripada jiran bagi menghasilkan pelbagai jenis roti dan kek untuk dijual bagi mencari pendapatan susulan kerjaya mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bermula dengan langsung tiada ilmu dalam bidang pastri, Mohd Shafiq Azrul Shamsudin, 35, dan isterinya, Nur Fatiha Mohamad Yasin, 36, berusaha mempelajari cara membuat kek dan roti melalui kelas secara dalam talian sehingga berjaya menghasilkan produk makanan dengan rasa yang enak dan berkualiti tinggi.

Mohd Shafiq berkata, inisiatif berkenaan diambil bagi memastikan mereka sekeluarga dapat terus menjalani hidup tanpa sebarang tekanan untuk membesarkan lima anak berusia tiga sehingga 13 tahun susulan diberi cuti sementara.

"Pada awalnya, saya bercerita kepada salah seorang jiran tentang niat untuk berniaga kek dan roti sebelum dia menawarkan ketuhar miliknya untuk dipinjam. Tambahan pula, kami hanya ada sebuah ketuhar sahaja yang bersaiz kecil dan agak sukar untuk menyiapkan tempahan pelanggan dengan cepat.

"Alhamdulillah, saya dikelilingi sahabat yang baik sehinggalah kini diberi pinjam tiga ketuhar serta satu pengadun bersaiz besar sekali gus dapat menjimatkan masa serta membolehkan kami menghasilkan kek serta roti dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

"Antara produk yang kami hasilkan seperti kek pisang, roti sarang lebah serta muffin pelbagai perisa, selain turut menerima tempahan pulut kuning dan rendang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini.

Mohd Shafiq dan isteri yang bekerja sebagai Pegawai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menganggap apa yang terjadi pada kerjaya mereka sepanjang pandemik Covid-19 itu sebagai satu hikmah, apabila kini mereka mahir dalam bidang pastri yang turut memberi pulangan lumayan.

Tambahnya, usaha berkenaan juga diharap dapat dicontohi peserta AIM supaya mereka dapat berfikir di luar kotak dengan berusaha mencuba sesuatu kemahiran yang boleh memberi pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian.

"Saya dan isteri pasti akan ingat jasa baik sahabat serta jiran yang membantu kami ketika ini. Kami juga akan terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan selain berhasrat membeli sendiri ketuhar serta pengadun lebih besar.

"Pelanggan kami juga bertambah dari hari ke hari selain mendapat tempahan daripada seluruh jajahan seperti di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Machang yang rata-ratanya memberi reaksi positif, tidak kurang juga yang membuat tempahan berulang.

"Selain itu, kami turut menerima tempahan untuk dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) sekitar Kota Bharu," katanya.

HMETRO

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 12:24 PM | Show all posts

Mohd Shafiq Azrul Shamsudin dan Nur Fatiha Mohamad Yasin. FOTO SYAHERAH MUSTAFA
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah ada jiran yg baik, dah balik modal dan ada untung sikit nnti, boleh beli sendiri punya, hidup saling membantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 01:14 PM | Show all posts
wah cantik naik rotinya...sebab tu laku....semoga dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 01:19 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan, nak seribu daya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pegawai aim yang iols kenal.pung dia niaga juga now..
Dia niaga nasi kerabu delivery
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054285 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list