CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

[Sarawak] Penunggang motosikal cedera ringan, kereta langgar pasu bunga

[Copy link]
Post time 21-8-2021 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Penunggang motosikal cedera ringan, kereta langgar pasu bunga

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang wanita telah hilang kawalan lalu merempuh pasu bunga di pembahagi Jalan Tun Jugah sekitar 7.15 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, ia telah menyebabkan seorang penunggang motosikal lelaki berusia 22 tahun terjatuh selepas melanggar tanah pasu bunga tersebut.

Menurutnya, semasa kejadian, wanita berusia 24 tahun tersebut dari Jalan Lapangan Terbang menuju ke pusat bandar.



“Akibat kemalangan itu, pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami luka kecil pada siku serta luka di kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati wanita terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan telah dikeluarkan kompaun terhadapnya.


suarasarawak.my



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.032507 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list