CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 1

Pacquiao yakin tumbangkan Ugas

[Copy link]
Post time 21-8-2021 09:20 PM | Show all posts |Read mode
LAS VEGAS – Petinju No. 1 Asia, Manny Pacquiao bertekad me-rampas semula tali pinggang welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dengan keputusan knockout (KO) apabila bertarung de-ngan jaguh Cuba, Yordenis Ugas di Arena T-Mobile, Las Vegas, Amerika Syarikat esok.

Pacquiao pernah menjuarai kejuaraan welterweight WBA menewaskan Keith Thurman pada 2019 tetapi ditarik semula oleh badan induk tinju dunia yang mendakwa bintang Filipina itu tidak aktif dalam gelanggang kompetitif dan menyerahkannya kepada Ugas.

Justeru, Pacquiao menganggap, aksi menentang Ugas esok akan menjadi medan buatnya membuktikan kemampuannya untuk merampas semula tali pinggang keramat yang pernah dimenangi sebelum ini.

“Saya tidak suka ada individu yang meraih tali pinggang kejua-raan tanpa mencabar di gelanggang. Namun, saya percaya kami berdua adalah juara bertahan kategori welterweight dan pertarungan itu akan menjadi bukti siapa petinju No. 1 dunia.

“Saya tidak teragak-agak untuk melakukan KO ke atas Ugas jika mendapat peluang terbuka. Saya tidak boleh memandang rendah Ugas yang cukup berpe-ngalaman di pentas profesional dan pernah bersaing pada Sukan Olimpik,” katanya.

Mengulas lanjut, Pacquiao yang kini berusia 43 tahun me-ngakui, sudah melakukan persediaan mantap sejak beberapa bulan lalu selain tidak menolak kemungkinan bakal meneruskan lagi legasinya di gelanggang tinju pada masa depan.

“Saya masih lagi rasa muda dan gembira dengan apa yang dilakukan di atas gelanggang kerana tinju adalah nadi saya. Malah, saya sentiasa teruja dalam setiap sesi latihan.

“Jadi, pertarungan epik menentang Ugas nanti mampu menjadi bukti bahawa karier tinju saya akan berpanjangan,” kata-nya. – Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 09:27 PM | Show all posts

PACQUIAO (kiri) yakin mampu menumbangkan Ugas (kanan) menjelang pertarungan merebut tali pinggang welterweight WBA esok. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.047903 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list