View: 717|Reply: 1
|
Mun Yee bersedia kongsi ilmu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: 'Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan' jawab penerjun Kebangsaan Leong Mun Yee yang bersedia berkongsi pengalaman dimiliki membantu Persekutuan Renang Malaysia (MAS) dalam usaha mencari bakat baharu bagi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Mun Yee berkata, MAS ada menghubunginya berkaitan perkara terbabit namun setakat ini hanya perbincangan biasa namun belum lagi di peringkat akhir.
Atlet yang berasal dari Ipoh, Perak itu berkata, dia bersedia membantu MAS mencari seterusnya melahirkan penerjun pelapis negara pada masa akan datang seterusnya mampu menyumbang pingat buat negara di peringkat antarabangsa.
"Memang betul ada perbincangan bersama MAS namun tiada persetujuan secara lebih terperinci. Kalau betul perkara terbabit kenapa tidak saya menyumbang bakti.
"Kalau MAS perlukan saya untuk mencari bakat baru, saya begitu gembira untuk membantu. Saya berharap lebih ramai pelapis baru dilahirkan pada masa akan datang," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Terdahulu, Mun Yee mungkin kembali menghangatkan arena sukan renang negara tapi bukan sebagai atlet namun lebih kepada membantu MAS mencari bakat baharu bagi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Setiausaha Kehormat MAS, Mae Chen berkata, kemampuan dan bakat yang dimiliki Mun Yee cukup ditagih bagi membantu badan induk itu yang dalam perancangan untuk menubuhkan akademi terjun negara.
Mengikut rekod, penampilan terakhir Mun Yee di pentas Olimpik menyaksikan dia menamatkan saingan di tangga kelapan bersama gandingannya, Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform seirama.
Olimpik Tokyo adalah penampilan kelima Mun Yee di temasya terbesar dunia itu selepas mula beraksi di Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Mun Yee, 36, sebelum ini mengumumkan yang dia akan bersara pada hujung tahun ini dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MUN YEE ketika beraksi di temasya Olimpik Tokyo dalam acara 10m seirama. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|