CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 1

Bonnie 'perang' dengan gemuruh

[Copy link]
Post time 23-8-2021 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan pingat emas di temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet kelahiran Sarawak itu menjadi sandaran kontinjen negara untuk merealisasikan tiga emas yang disandarkan kepada mereka di Tokyo kali ini.

Namun Bonnie diingatkan untuk tidak terlalu gemuruh menghadapi situasi itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang lain timbul.

Itu nasihat jurulatihnya, Jamil Adam yang melihat Bonnie kini berada dalam situasi terbaiknya dan tampak tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat buat negara berdasarkan pencapaiannya sebelum ini.

"Bagi saya sama ada di pilihan atau tidak tekanan itu memang ada dan sebenarnya ia adalah satu yang positif.

"Cuma yang perlu sekarang ini elakkan tekanan yang tidak sepatutnya iaitu gemuruh yang terlampau tinggi kerana itu akan mengganggu rentaknya nanti," katanya.

Berdasarkan prestasinya Bonnie cukup cemerlang apabila mencatatkan rekod baru dunia di Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai Jun lalu dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kilogram (kg).

Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang oleh Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Dia turut merangkul emas di Piala Dunia Powerlifting Para di Bangkok, Thailand sebelum itu.

"Apa yang penting ketika ini adalah berada dalam keadaan sihat dan pada masa yang sama, sebagai jurulatih saya akan terus beri dia sokongan moral dan motivasi.

"Ini kerana jika sukan lain mereka mungkin tidak tahu siapa pencabarnya tapi bagi acara Bonnie, dia sudah tahu dengan siapa dia akan beraksi dan siapakah pencabarnya.

"Antara yang perlu diberi perhatian adalah bekas pemegang rekod dunia dari Iran dan juga atlet China, bagaimanapun kita tidak boleh mengambil mudah lawan dari negara yang lain," katanya.

Jamil yang sudahpun tiba di Tokyo berkata, selain Bonnie cabaran skuad powerlifting negara akan turut digalas oleh Jong Yee Khie, yang bakal bersaing dalam kategori 107kg ke atas juga sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menggegarkan Tokyo International Forum, venue pertandingan powerlifting pada Sukan Paralimpik kali ini.

Bonnie dijadual membawa cabaran negara 28 Ogos ini manakala Yee Khie pada 30 Ogos.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 10:00 PM | Show all posts

Atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053389 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list