View: 1295|Reply: 1
|
[Terengganu]
[TERENGGANU] APMM rampas rokok seludup RM350,000 berhampiran Pulau Bidong
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup masuk 330,000 batang rokok putih bernilai RM350,000 berhampiran Pulau Bidong, di sini, Sabtu lalu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, rokok itu ditemukan pada jam 6 petang oleh anggota APMM yang melakukan rondaan selepas melihat longgokan objek mencurigakan di pantai Pulau Karah, kira-kira 1.5 batu nautika dari Pulau Bidong.
"Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik lut sinar berisi rokok putih yang telah ditinggalkan dan dipercayai diseludup dari negara jiran.
"Kita percaya Pulau Karah dijadikan sebagai lokasi transit rokok sebelum dibawa masuk ke tanah besar untuk dijual berikutan pulau tersebut tidak mempunyai sebarang penempatan penduduk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Muhammad Suffi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penyeludupan rokok tersebut didalangi oleh warga tempatan.
"Sekarang ini penjenayah cuba melakukan aktiviti salah laku melalui jalan laut kerana penguatkuasaan sekatan jalan raya (SJR) ketika musim Covid-19.
"APMM Terengganu akan terus meningkatkan kawalan di sempadan perairan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan ini," katanya dengan menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Suffi (kanan) menunjukkan lokasi rokok seludup yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Terengganu hari ini. FOTO BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|