View: 749|Reply: 1
|
Eiking rampas jersi merah
[Copy link]
|
|
Madrid: Jaguh Norway, Odd Christian Eiking mengambil alih kedudukan pendahulu Vuelta a Espana daripada juara bertahan Primoz Roglic selepas pelumba Slovenia itu terbabit nahas pada peringkat ke-10.
Roglic terbabas ketika menuju Rincon de la Victoria dan menamatkan perlumbaan dengan ketinggalan 11 minit 49 saat di belakang pemenang Michael Storer dari Australia.
Eiking kini mendahului 58 saat di depan pelumba Perancis, Guillaume Martin dalam saingan klasifikasi.
Roglic pula jatuh ke tangga ketiga dengan dua minit 17 saat di belakang pelumba Norway.
Pelumba Team DSM, Storer, 24, mempamerkan tunggangan mantap untuk meraih kemenangan peringkat keduanya tahun ini selepas turut menjuarai peringkat ketujuh.
Situasi mungkin menjadi lebih sukar buat pelumba Jumbo-Visma, Roglic yang menyasarkan kemenangan ketiga berturut-turut Vuelta a Espana namun dia tidak bertangguh meneruskan perlumbaan untuk terus bersaing dengan beberapa pencabar hebat termasuk dua pelumba Movistar, Enric Mas dan Miguel Angel Lopez selain Jack Haig dari pasukan Bahrain Victorious.
Roglic kini mengejar pemegang jersi merah, Eiking yang mendahului jaguh Slovenia itu dengan sembilan minit 10 saat pada permulaan peringkat manakala Martin bersama Mas serta Lopez menduduki kelompok lima teratas.
Pelumba Ineos Grenadiers, Egan Bernal, 24, pula merosot dalam carta keseluruhan apabila juara Giro d'Italia itu kini ketinggalan empat minit 46 saat di belakang penduhulu.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
EIKING meraikan kemenangan semalam. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|