CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 2

[Kelantan] JPJ Kelantan sasar kutip RM600,000 menerusi diskaun 70 peratus

[Copy link]
Post time 26-8-2021 02:20 PM | Show all posts |Read mode
JPJ Kelantan sasar kutip RM600,000 menerusi diskaun 70 peratus[size=0.8]Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Ogos 26, 2021 @ 1:26pm[email protected]



Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan Hanif Yusabra Yusuf (kiri) melakukan pelepasan Program Agihan Jalur Gemilang Secara Pandu Lalu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Peminat Eddie Hamid di perkarangan JPJ Panji, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Haziran Ahmad Zaidi




KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan menyasarkan RM600,000 bagi kutipan bayaran saman yang boleh dikompaun melalui inisiatif pengurangan kadar kompaun sebanyak 70 peratus sehingga 16 September ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata sehingga semalam, pihaknya memperoleh kutipan bayaran saman sebanyak RM54,273 sejak ia dilancarkan bermula 17 Ogos lalu.

Katanya, pengurangan kadar kompaun itu diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun sebagaimana yang disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003 kecuali kes yang sudah didaftarkan di mahkamah termasuk berstatus waran tangkap dan belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

"Tawaran pengurangan kompaun bagi kesalahan berkenaan turut diberikan kepada pemandu atau pemilik kenderaan warganegara asing kecuali membabitkan kes atau kesalahan yang sudah dirujuk oleh JPJ kepada pihak berkuasa lain, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Justeru, saya menyeru kepada orang ramai untuk hadir ke JPJ bagi menyelesaikan saman masing-masing dengan kadar pengurangan saman yang diberikan.

"Pada tahun lepas, dalam program yang sama, pihak kami berjaya mengutip jumlah kompaun sebanyak RM718,764," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Program Agihan Jalur Gemilang Secara Pandu Lalu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Peminat Eddie Hamid di perkarangan JPJ Panji, di sini, hari ini.

Turut hadir sama Datuk Eddie Hamid dan Pengerusi Kelab Peminat Eddie Hamid, Mohd Rozi Abd Rahim.

Dalam perkembangan sama, Hanif Yusabra berkata, bagi mengurangkan kesesakan pembayaran saman di kaunter JPJ, pihaknya menyediakan pembayaran cukai jalan dan memperbaharui lesen memandu menerusi kaedah pandu lalu.

"Tujuan kaunter pandu lalu diwujudkan adalan bagi memudahkan urusan orang ramai di mana mereka tidak perlu membuat temujanji dan bersesak di kaunter sekali gus mempermudahkan urusan tanpa perlu menunggu dalam tempoh yang lama.

"Kaedah ini disifatkan sangat mudah dan cepat malah masa yang diambil adalah sekitar lima minit sahaja dan dalam tempoh 10 hari ia dilaksanakan pihak kami berjaya mengutip bayaran berjumlah 140,600 dengan jumlah kenderaan sebanyak 1,842.

"Kaunter pandu lalu ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang manakala pada Jumaat dan Sabtu pula sehingga jam 1 tengah hari," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 02:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 02:23 PM | Show all posts
Baik betul kerajaan mesia. Dengan warganegara asing pun nk bg diskaun. sbb tu berduyun2 masuk mesia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.165554 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list